![]() |
Setelah lebih dua minggu tuntutan pengunduran Presiden Hosni Mubarak bergema, timbul pula dimensi baru kebangkitan rakyat Mesir. |
Ribuan pekerja awam dan swasta melancarkan mogok sekali gus memberi tamparan hebat terhadap ekonomi negara itu yang sudahpun teruk terjejas. Antara yang berbuat demikian, pekerja pengangkutan awam seperti bas dan kereta api. Menurut seorang pemandu bas, penganjur menggesa kesemua 62 ribu kakitangan pengangkutan awam mengambil bahagian. Juga, kakitangan bekalan elektrik serta perkhidmatan teknikal di Terusan Suez.
Saksi juga melihat doktor dengan kot putih berarak dari Hospital Qasr El-Aini ke Dataran Tahrir sambil mengajak rakyat turut serta. Sektor swasta, rata-ratanya, pekerja kilang turut sama melancarkan mogok. Data bank dunia merekodkan, 40 peratus daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah atau menghampiri paras kemiskinan dengan pendapatan dua dolar Amerika sehari. Dan pendedahan harta milik keluarga Mubarak yang mencecah 200 bilion ringgit menyemarkkan lagi kemarahan kumpulan anti-kerajaan.
