![]() |
Kementerian Pengajian Tinggi menunggu lampu hijau Majlis Keselamatan Negara sebelum menghantar pegawainya ke Mesir bagi berunding dengan universiti di negara itu. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu bagi membolehkan rancangan dibuat bagi membantu pelajar Malaysia kembali semula ke Mesir. |
Kira-kira 5 ribu daripada 11 ribu penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir mengambil jurusan perubatan. Dianggarkan terdapat 2 ribu penuntut Malaysia masih berada di negara bergolak itu manakala selebihnya telahpun dibawa pulang ke tanah air. Selain faktor keselamatan, langkah itu bertujuan menilai semula mutu pengajian yang ditawarkan di institut pengajian di Mesir.
