Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pasar Raya Diwajibkan Jual Produk PKS








pks2 Hanya 8 peratus produk PKS dipamer dan dijual di pasar raya besar. Sehubungan itu, pasar raya besar di seluruh negara akan diwajibkan menjual produk keluaran PKS di pasar raya besar seluruh negara.











Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebanyakan produk PKS mempunyai mutu yang tinggi dari segi pembungkusan, dan kualiti . Tetapi, mungkin mereka ini tidak ada peluang untuk bertemu dengan pihak hypermarket. Setakat ini, beliau masih tidak berpuas hati dengan pencapaian dari segi penyenaraian produk-produk IKS Bumiputera dalam hypermarket asing.














Mengikut garis panduan KPDNKK, pengurusan pasaraya besar perlu menjual sekurang-kurangnya 30 peratus produk PKS tempatan Bumiputera. Malangnya, selepas 7 tahun garis panduan itu diperkenal, hanya 8 peratus produk PKS dipamer dan dijual di pasaraya besar. Berikutan itu, Kementerian bercadang menjadikan garis panduan itu sebagai satu kemestian. Datuk Seri Ismail sebelum itu merasmikan pemeran suaipadan perniagaan di ibu negara(11 Februari 2011).