Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pelbagai Kemudahan Disediakan Untuk Golongan OKU

KUANTAN : Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang kelainan upaya (OKU) termasuk dalam membantu mereka berniaga, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata misalnya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah memperkenalkan Skim Bantuan Geran Perniagaan OKU di mana geran sebanyak RM22 juta diperuntukkan antara lain bagi membantu OKU yang telah mempunyai perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Jaafar (BN-Jenderak) di persidangan Dewan Undangan Negeri.

Adnan juga memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat turut mewujudkan sistem "Job Coach" bagi melatih OKU untuk bekerja di agensi yang berminat untuk mengambil mereka bekerja.

Beliau berkata institusi pemulihan juga diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di kalangan OKU seperti yang terdapat di Pahang iaitu Taman Harapan Temerloh.

Kanak-kanak OKU juga diterapkan latihan pekerjaan ketika mengikuti latihan pemulihan termasuk di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di seluruh negeri Pahang, katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata pemahaman rakyat terhadap teknologi hijau kini semakin meningkat yang dapat dilihat melalui pelbagai kempen dan program yang dijalankan oleh sektor swasta, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sekolah ke arah pengamalan budaya kehidupan hijau.

Beliau berkata peningkatan pemahaman rakyat dapat dilihat pada minat mereka ke arah penggunaan kenderaan jenis hibrid selain perluasan aplikasi teknologi hijau dalam sektor bangunan di mana bilangan pemaju perumahan menggunakan identiti hijau di dalam pembinaan perumahan semakin meningkat.

Sumber: BERNAMA, 19 April 2011