Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Tarif Baru Elektrik Membawa Penggunaan Bijak dan Jimat


Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad(TNB)  telah membuat keputusan untuk memperkenalkan Tariff baru elektrik.  Keadaan ini  adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk melakukan penyemakan semula ke atas  harga gas asli yang telah meningkat daripada RM 10.70/MMBtu kepada RM 13.70/MMBtu. Ini kerana subsidi bagi tarif elektrik ini bagi skim pengecualian bayaran bil elektrik bawah RM20 dan ke bawah adalah ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM 141 juta.   Sungguhpun  begitu, kenaikan tarif baru ini tidak melibatkan 4.4 juta pengguna atau sebanyak 75% pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar yang tidak melebihi 300kwj sebulan.  Pengguna yang berpendapatan rendah kebiasaannya penggunaan bulanannya adalah tidak melebihi 300kwj sebulan dan ini dilihat tidak membebankan golongan yang berpendapatan rendah.  Menurut Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air menyatakan bahawa hanya 1.39 juta pengguna atau 23.5% pengguna sahaja yang akan terbabit dengan kenaikan yang menggunakan Elektrik bermula dari 301kwj hingga 1000kwj sebulan.











Kenaikan ini berlaku adalah kerana berlakunya peningkatan harga arang batu dunia pada ketika ini AS$140 setan metrik dalam dua bulan kebelakangan ini dan permintaan yang semakin meningkat di Hemisfera Utara disebabkan oleh musim sejuk yang terlampau berbanding bekalan arang batu yang lebih rendah, khususnya dari Queensland dan Kalimantan, telah mengakibatkan kenaikan harga arang batu di seluruh dunia dan menyebabkan berlakunya pertambahan kos operasi bagi TNB.












Walaupun berlaku kenaikan tarif, kerajaan juga dilihat masih memberikan bantuan elektrik percuma kepada golongan yang bil elektriknya kurang daripada RM20 sebulan sehingga akhir tahun ini iaitu pada 31 Disember 2011.  Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan komited dalam menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah agar mereka dapat menikmati hidup dengan lebih selesa. 
















Sektor industri perlombongan pula diberikan diskaun atau rebat sebanyak 25 peratus dari jumlah bil bulanannya.  Selain itu, pemotongan sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif  biasa kepada institusi pendidikan, organisasi kebajikan dan rumah ibadat yang dibiayai oleh kerajaan sebahagiannya. Usaha ini menunjukkan kerajaan adalah pemerintah yang prihatin terhadap masalah dan kesulitan setiap masyarakat negara ini. 













Tindakan terbaik ketika ini adalah melakukan penjimatan dan  menggunakan tenaga elektrik dengan cekap dan berkesan.  Budaya penggunaan bijak tenaga selaras dengan kempen yang dilakukan oleh pihak kerajaan iaitu kempen kecekapan tenaga dan elakkan pembaziran. Ini akan membantu mengurangkan beban kerajaan  menanggung subsidi dan hasil yang digunakan untuk menampung subsidi,  boleh digunakan untuk menjana ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.












Selain itu melalui peningkatan tarif elektrik ini akan mengubah sikap masyarakat supaya mengamalkan penjimatan kegunaan elektrik di rumah dan di tempat kerja khususnya di pejabat-pejabat yang kebiasaannya berlaku pembaziran akibat kurangnya keprihatinan kakitangannya tentang berjimat cermat.  Situasi ini bukan sahaja akan melahirkan masyarakat yang prihatin tetapi juga bijak di samping memberikan penerapan elemen kesedaran dan menghargai sumber yang perlu digunakan secara berhemah.












Kenaikan tarif elektrik pada masa ini dilihat sebagai satu pengorbanan yang perlu dilakukan untuk kesejahteraan dan keselesaan generasi akan datang.  Selain itu, dengan peningkatan tarif ini dapat untuk mengurangkan bebanan hutang dan defisit negara.  Dengan itu, keseluruhannya masyarakat dan pengguna haruslah bijak menggunakan sumber tenaga yang ada demi menjamin kesejahteraan bersama.