Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pemansuhan ISA

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang di umumkan Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak pada16 September 2011 jelas menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan beliau untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik dunia. Pemansuhan  ISA 1960 yang  diumumkan Perdana Menteri adalah  sebagai salah satu daripada perjalanan transformasi negara.






Usaha mengubahsuai  undang-undang sedia ada adalah perlu agar  seimbang dengan perubahan zaman dan menjamin kepentingan keselamatan negara dan rakyat. Kebanyakan perkara perlu dilakukan secara bersama oleh pelbagai pihak dalam menggubal dua undang-undang baru bagi menggantikan Akta ISA ini supaya Akta baru yang digubal itu akan lebih sesuai dan pragmatik sesuai dengan tuntutan semasa. Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam perutusan sempena Hari Malaysia 2011 mengumumkan pemansuhan Akta ISA 1960 adalah merujuk kepada penamatan tiga proklamasi darurat bagi membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang lebih dinamik.







Dato Sri Najib Tun Razak berkata dalam ucapannya iaitu, "Justeru itu sudah sampai masa kita melangkah sederap lagi ke depan bawa negara kita sebagai negara yang tinggi perjalanan bukan saja ekonomi, sosial, pendidikan tapi pegangan kepada prinsip demokrasi Parlimen. Kita nak letakkan antara yang terbaik di dunia ini. Ini kerana kita yakin dan percaya bahawa kita perlu sebuah negara moden dan progresif."





Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,  Datuk Seri Shafie  Apdal pula menyatakan bahawa  pemansuhan Akta ISA itu bukan atas desakan dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan politik, tetapi ia adalah satu pembaharuan bagi menjamin keselamatan rakyat dan hak bersuara rakyat.









Sementara itu,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom  berkata tindakan  berani Perdana Menteri memansuhkan akta itu membuktikan bahawa ISA bukan digunakan sebagai senjata Barisan Nasional (BN) seperti yang sering didakwa pembangkang. Kerajaan mengambil tindakan berani di luar pemikiran pembangkang, di mana rakyat kini mendapat hak sepenuhnya untuk di bicara.






Manakala Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan keputusan pemansuhan ISA itu merupakan hadiah bermakna sempena Hari Malaysia dan ia merupakan kepercayaan dari Perdana Menteri yang yakin negara ini tidak lagi diganggu dengan jenayah keganasan dan sebagainya.  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pemansuhan Akta ISA merupakan penamat kepada segala tomahan pembangkang yang mendakwa akta itu digunakan kerajaan untuk menzalimi rakyat.








Selain daripada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini, kerajaan juga telah memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 yang dianggap sudah lapuk dan tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini dan juga pemansuhan terhadap Akta Kediaman Terhad 1933. Pihak kerajaan juga bersetuju untuk mengkaji semula Akta Mesen Cetak dan penerbitan 1984 dan Akta Polis 1967.Kesediaan pihak kerajaan untuk mengkaji semula Akta-Akta tersebut telah menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mahu rakyat dapat hidup dengan lebih selesa selaras dengan ke arah negara maju menjelang 2020.
Diharapkan rakyat Malaysia dapat berfikir dengan baik dan relevan serta tidak terlalu mengikut emosi di atas setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Sekiranya  mempunyai cadangan atau pandangan yang hendak dilakukan, cara terbaik adalah dengan berbincang atau bermusyawarah demi menjamin kebaikan bersama. Hal ini kerana, kerajaan hari ini telah sedaya upaya  bersifat terbuka dan telus demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta mendapat keyakinan dari negara-negara luar terutamanya pelabur-pelabur bahawa negara Malaysia mempunyai sistem politik yang stabil dan ekonomi yang kukuh.




Keputusan itu membuktikan keberanian kerajaan dalam mempertahankan kebebasan bersuara selain yakin terhadap sistem kehakiman sedia ada sekali gus menunjukkan bahawa pihak kerajaan di bawah kepimpinan Dato Sri Mohd. Najib sedang cuba untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara demokrasi yang terbaik di dunia serta hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pendapat dapat di salurkan dengan baik.






Oleh demikian, dapatlah dikatakan bahawa kita sebagai rakyat negara ini perlu memandang positif pemansuhan akta tersebut kerana setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah bertujuan untuk kesejahteraan rakyat dan usaha ini perlulah disambut baik dan bukanya dengan pandangan negatif terhadap setiap tindakan yang dilakukan kerajaan. Setiap perubahan yang dilakukan memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk merealisasikan keberkesanan dan kejayaannya demi untuk kebaikan rakyat dan negara tercinta ini.