Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Bersama Semarakkan Kibar Jalur Gemilang

Sempena menyambut hari kemerdekaan yang sudah tidak lama lagi, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mempunyai semangat kebangsaan dan patriotik terhadap cintakan negara. Pelbagai program yang dirangka oleh pihak kerajaan seperti program kibar Jalur Gemilang yang telah diadakan di tiga buah lokasi iaitu di Little India, Kampung Baru dan Petaling Street  pada 17 Julai 2012 yang dilihat satu usaha murni untuk menerapkan semangat cintakan negara sempena program tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu ada semangat cintakan negara kerana dengan penghayatan yang tinggi oleh segenap lapisan masyarakat akan membawa kita kepada perjuangan pemimpin yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan Malaysia. Justeru itu, kita akan menjadi rakyat atau individu yang hormat kepada pemimpin dan menghargai jasa dan pengorbanan yang telah di sumbangkan sehingga apa yang ada pada hari ini dapat kita kecapi iaitu nikmat keamanan dan kestabilan politik.

Setiap tahun pihak kerajaan akan membuat slogan sempena menyambut hari kemerdekaan antaranya Keranamu Malaysia, Perpaduan Teras Kejayaan, 1Malaysia:Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan yang terbaru pada tahun 2012 slogannya ialah 1Malaysia 55tahun Merdeka: Janji ditepati. Maksud janji ditepati ini perlulah dilihat dari perspektif yang positif di mana memperlihatkan usaha murni pihak kerajaan dalam memberikan serta menunaikan hasrat yang dinyatakan kepada rakyat sejak 55 tahun yang lalu. Tujuan slogan ini bukan  untuk mengungkit apa kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat, tetapi adalah lebih untuk menampakkan bahawa pihak kerajaan tidak mengabaikan setiap keperluan yang diperlukan oleh rakyat tanpa sebarang diskriminasi terhadap yang berbeza pandangan politik. Contohnyapemberiansubsidi, pembangunan,pendidikan,ekonomi,keselamatan di mana setiap rakyat bebas untuk bergerak tanpa rasa takut serta kemudahan-kemudahan asas yang telah disediakan untuk dimanfaatkan bagi golongan miskin dan sederhana.

Kemerdekaan ini mempunyai makna yang sangat besar yang harus di fahami, dihayati dan dikenang dalam diri setiap rakyat negara ini supaya semangat cintakan negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia ini hadir dan dapat ditonjolkan  imej patriotik tersebut. Dalam bulan kemerdekaan ini, setiap rakyat haruslah mengibarkan Jalur Gemilang iatu Bandera Malaysia sebagai simbolik terhadap penghormatan hari Kemerdekaan negara.

Oleh demikian,kita sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan mampu berfikir dengan baik perlu menerapkan nilai patriotik dan semangat kebangsaan cintakan tanah air ini sebagai perkara asas dalam hidup sebagai rakyat Malaysia. Justeru ini marilah kita sama-sama menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan yang ke-55 bagi Malaysia supaya apa yang telah kita kecapi hari ini dapat dikekalkan demi kelangsungan generasi akan datang.