Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Bukti Kerajaan Prihatin;Diskaun 20peratus Hutang PTPTN


 
Dalam Pembebtangan Bajet 2013, Perdana Menteri telah memberi diskaun sebanyak 20% kepada pemimjam yang membayar secara penuh dan 10% kepada peminjam yang membayar secara ansuran tetapi tetap. Hal ini Ini merupakan satu berita baik kepada setiap peminjam kerana mereka dapat untuk melunaskan hutang mereka yang tertunggak sejak sekian lama. Tempoh masa untuk mendapatkan diskaun ini adalah sehingga 30 September 2013 yang bakal berakhir dalam jangka masa tiga hari dari sekarang.

    Pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini dilihat sebagai salah satu cara untuk memberi kelonggaran dan melalui diskaun yang diperoleh itu akan dapat meringankan beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh setiap peminjam. Justeru itu setiap peminjam akan berusaha untuk melangsaikan hutang mereka kerana bakal menikmati diskaun mega daripada PTPTN.

    Selain itu,bagi peminjam yang membuat pembayaran secara konsisten selama setahun bermula daripada pengumuman Bajet 2013 tersebut juga layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus. Keadaan sedemikian sangat jelas menunjukkan bahawa niat baik pihak kerajaan yang jelas ingin mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh peminjam.

    Justeru itu, setiap peminjam perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam soal mengambil peluang yang ada untuk melakukan pembayaran kembali hutang yang telah dilakukan supaya ia dapat digunakan untuk memberikan pinjaman kepada peminjam yang seterusnya.
    Kesimpulanya,diskaun sebanyak 20 peratus yang diberikan kepada peminjam yang membuat pembayaran sekaligus dan 10 peratus kepada yang membayar secara konsisten jelas menunjukkan nilai murni pihak kerajaan dalam mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung oleh pihak peminjam seterusnya menjamin kehidupan belia yang bebas daripada bebanan hutang. Marilah kita bersama merebut peluang untuk mendapatkan diskaun sebanyak 20 peratus sehingga akhir September 2013.