Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Bantuan Pendidikan Memajukan Pendidikan Negara

Setinggi tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Rendah (UPSR) yang baru diumumkan pada 14 November 2013 yang lalu. Peningkatan jumlah pelajar yang mendapat 5A dalam peperiksaan ini telah meningkat setiap tahun. Hal ini kerana pihak kerajaan yang sangat komited dan menitikberatkan mengenai pendidikan setiap lapisan masyarakat.


 Keadaan ini dapat dibuktikan melalui kesungguhan pihak kerajan dengan memberi bantuan persekolahan sebanyak RM 100 kepada setiap pelajar sekolah menengah dan rendah. Selain itu Baucar buku sebanyak RM 250 juga diberi kepada setiap pelajar pra –universiti. Melalui bantuan yang diperuntukkan ini juga dilihat sebagai salah satu cara yang yang baik untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar dalam usaha murni yang dilakukan pihak kerajaan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi dalam menjalani proses pembelajaran.
 Selain itu pihak kerajaan juga melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha dalam memberi keselesaan kepada pelajar semasa mengikuti proses pembelajaran di sekolah. Penyediaan peralatan asas pembelajaran seperti kerusi,meja dan ruang kelas yang selesa serta dilengkapi dengan lampu dan kipas juga dapat memberikan keselesaan kepada pelajar dan para guru. Sehubungan itu, penambahbaiakan sekolah seperti kemudahan Pusat Sumber,Makmal Komputer serta pembinaan bangunan yang baru untuk dijadikan kelas bagi menjamin keselamatan dan keharmonian semasa proses pembelajaran.


 Sehubungan itu, pihak kerajaan telah mewujudkan Sekolah Berasrama Penuh(SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) bagi menjamin keselesaan serta menempatkan pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan diletakkan di bawah satu bumbung dengan tenaga pengajar yang cemerlang.  Hal ini kerana disekolah tersebut semua kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan dengan perbelanjaan yang besar bertujuan memajukan sistem pendidikan negara dan melahirkan warganegara yang berjaya selaras matlamat negara bagi mencapai Wawasan 2020.


 Secara kesimpulannya, kecermerlangan dalam peperiksaan iaitu UPSR,PMR Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) adalah  satu titik tolak dan penentu kepada masa depan setiap  pelajar dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang  tertinggi. Selamat maju jaya.