Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Bantuan Banjir Tanda Kerajaan Prihatin

 

Banjir merupakan salah satu daripada bencana alam yang sering berlaku di negara Malaysia. Keadaan ini sering melanda sekitar bulan Oktober hingga Disember dan menyebabkan banyak kerugian berlaku kepada harta benda. Hal ini menyebabkan beberapa kawasan dipantai timur Malaysia dan Selatan tanah air dimana kawasan yang rendah mula dinaiki air sehingga penduduk perlu berpindah ke pusat pemindahan banjir. Justeru itu, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk memberi bantuan kepada manga banjir.

 Baru-baru ini negeri Terengganu dan Pahang dan Johor merupakan negeri yang paling teruk dilanda banjir. Di negeri Terengganu kawasan Kemaman dan Dungun merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dimana merosakkan sekolah-sekolah,rumah dan harta benda awam. Banjir pada kali ini adalah luar biasa kerana hujan lebat yang turun mencurah-curah dalam masa yang singkat telah menyebabkan banjir berlaku dengan pantas dan penduduk tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda.

 Sehubungan daripada itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menyediakan pusat pemindahan mangsa banjir yang selesa dan keperluan makanan yang cukup. Keadaan ini dapat dilihat melalui penglibatan sendiri Ahli Parlimen Kemaman, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan dalam operasi menyelamat dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir.  Selain itu dalam satu insiden lain dimana Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Ahmad Said sendiri telah mengagihkan bekalan roti kepada penduduk yang terperangkap disebabkan banjir. Keadaan ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan yang prihatin sangat menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan keperluan rakyat.


Manakala di Pahang pula Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri telah melakukan tinjauan banjir ke seluruh negeri khususnya daerah Pekan, Kuantan dan Rompin yang terjejas teruk akibat banjir. Sebanyak 4,751 mangsa banjir yang ditempatkan dipusat pemindahan dimana Pekan mencatat jumlah mangsa tertinggi sebanyak 3602 orang, Kuantan 736, dan Maran 413 orang. Keprihatinan Perdana Menteri terhadap musibah yang menimpa rakyat ini amat di hargai kerana beliau sendiri telah turun padang melawat mangsa banjir di samping memberikan bantuan serta sokongan moral.  Rentetan itu, satu laporan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri mengenai aduan,cadangan serta tindakan bersepadu dalam menangani bencana. Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai ramai  para dermawan dan sukarelawan daripada pelbagai agensi, institut pengajian tinggi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turun padang  membantu serta membersihkan kawasan perumahan yang terjejas akibat bencana tersebut. Semangat kerjasama ini yang dilihat sanagat membanggakan kerana bantuan dan sumbangan diberikan kepada semua mangsa yang terjejas tanpa membezakan pandangan politik kepartian yang disokong.

 Manakala negeri Johor juga turut mengalami banjir di Segamat dan Mersing merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dengan seramai 9,600 keluarga bagi seluruh negeri Johor. Sehubungan itu Kerajaan negeri Johor mengumumkan akan memberi bantuan sebanyak RM 200 kepada semua mangsa banjir bertujuan untuk meringankan beban dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa. Bantuan ini merupakan bantuan tambahan kepada bantuan yang bakal diberikan oleh kerajaan persekutuan  sebanyak RM 500 bagi setiap keluarga.

 Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan masalah akibat bencana alam banjir ini misalnya pelebaran sungai dan penambakkan tebing-tebing sungai bagi mengelakkan air sungai melimpah ke kawasan rendah dalam keadaan yang mendadak. Melalui usaha murni yang dilakukan kerajaan ini dapat mengelakkan kemalangan jiwa serta mengurangkan kerugian harta benda akibat banjir.


 Selain itu, usaha pihak kerajaan juga melalui pelbagai Jabatan dan Agensi terlibat  telah memberikan bantuan kecemasan,rawatan perubatan dan pasukan Bomba dan Penyelamat yang memindahkan mangsa ke tempat  selamat di pusat-pusat perpindahan banjir. Sehubungan itu, semua pihak haruslah berganding bahu bersama kerajaan dalam usaha untuk memberikan bantuan akibat bencana alam ini agar proses memberi dan menyampaikan bantuan akan dapat dilakukan dengan mudah dan pantas.