Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Tahun Melawat Malaysia:Bersama Kita Jayakan

 

Perasmian Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berlangsung dalam suasana meriah dan gilang-gemilang di Dataran Merdeka pada malam 4 Januari 2014. Acara perasmian tersebut telah dihadiri  puluhan ribu orang ramai termasuk pelancong asing membanjiri dataran berkenaan bagi menyaksikan program pembuka tirai TMM 2014 dan mengikuti ucapan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri dengan menyertai pelbagai aktiviti yang diatur oleh penganjur.  Tahun 2014 merupakan  Tahun Melawat Malaysia  dan  perlu dijadikan sebagai misi nasional yang melibatkan peranan semua pihak bagi mencapai sasaran kedatangan 28 juta pelancong pada tahun depan

Kita semua  berperanan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Justeru itu, kita semua mesti menunjukkan sikap mesra pelancong. Kita mesti membuat mereka menyimpan satu perasaan iaitu jika melawat Malaysia, mereka akan diterima dengan layanan yang cukup mesra dan sopan seterusnya akan menguar-uarkan keindahan dan keselesaan ketika berada di Malaysia. Selain itu, kemudahan infrastruktur sahaja tidak cukup tetapi kemesraan, keceriaan, kesopanan serta sikap ingin membantu pelancong dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pelawat dari luar negara.

Keadaan ini kerana Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri yang tidak terdapat di negara lain, antaranya flora dan fauna serta ekosistem yang merupakan  terbaik di dunia, bandar raya kosmopolitan, lokasi keempat terbaik di dunia untuk membeli-belah dan sebagainya. Selain itu negara Malaysia juga kaya dengan  khazanah dan budaya  masyarakat Malaysia yang terdiri daripada  pelbagai kaum yang unik iaitu Melayu, Cina dan India sebagai tiga kaum utama serta bumiputera. Hal ini yang dikatakan sebagai daya tarikan pelancong untuk datang melawat ke Malaysia dan cukup terkenal dengan sejarah yang panjang sehingga pembentukan negara Malaysia.

 Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia tercinta ini perlu berganding bahu dalam memperkenalkan negara ini di peringkat antarabangsa. Nikmat kestabilan,keamanan dan kaya dengan pelbagai budaya merupakan salah satu sebab yang utama  menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2014 ini bakal menjadi tarikan pelancong dari luar negara untuk berkunjung ke negara Malaysia tercinta.