Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pasar Tani Tumpuan Utama Belanja Dapur

‘Program Jimat Belanja Dapur 2014’ dilancarkan kerajaan pada 8 Januari 2014, melibatkan 517 buah Pasar Tani diseluruh negara yang menjadi tumpuan utama pengguna untuk mendapatkan 22 barangan terpilih yang dengan menawarkan potongan harga 5 hingga 20 peratus. Antara barangan makanan keperluan harian berkenaan ialah tomato, lobak merah, kobis, cili merah, timun, kacang panjang, sawi, bendi, cili padi, nanas, tembikai, pisang berangan, kelapa tua, bawang merah besar, ubi kentang, halia tua, ikan pelaling, ikan kembong, ikan cencaru, ikan selar, ikan selayang dan ayam. Sebagai contoh, ayam standard dijual pada harga RM7.50 sekilogram berbanding RM 8 dipasar awam pada awal Januari tahun ini.  Program Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani adalah kempen bagi menanggani kos sara hidup menerusijualan barangan keperluan terpilih pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memantau penetapan harga misalnya di pasar tani sekitar Lembah Klang mendapati para usahawan mematuhi senarai harga panduan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), yang menawarkan penjimatan dari RM0.40 hingga RM3 berbanding harga pasaran untuk kesemua 22 barangan itu.  Harga barangan ini dapat dijual dengan harga yang murah kerana peniaga menurunkan harga lebih rendah apabila memperoleh bekalan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil ternakan terus dari ladang. Fama sentiasa membantu usahawan pasar tani untuk terus maju mengembangkan perniagaan dan mengurangkan rungutan merungut tentang harga barangan. Semua pihak perlu bekerjasama dan sentiasa berusaha menggurangkan rungutan pengguna memainkan peranan mengguna bidang kuasa yang ada bagi memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan hingga menyebabkan harga barangan meningkat tanpa kawalan bersepadu.

Selain itu, sekiranya sesebuah kawasan itu mempunyai bekalan sayur yang banyak, maka harga sayur yang ditawarkan lebih murah. Jika bekalan ikan sukar untuk didapati di sesebuah kawasan itu, maka ikan akan menjadi lebih mahal daripada kawasan lain. Melihat kepada fenomena ini  pembabitan `orang tengah’ atau peraih dalam rantaian pembekalan barangan basah kepada pengguna amat dititikberatkan bagi memastikan harga barangan keperluan harian itu tidak dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pengguna juga dinasihatkan membeli barangan yang diperlukan dengan kuantiti yang diperlukan sahaja. Hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya permintaan melebihi penawaran seterusnya keadaan sedemikian akan menyebabkan harga melambung naik.
Secara keseluruhannya,pihak kerajaan melakukan pelbagai langkah yang baik bagi meringankan beban rakyat dalam soal menangani kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.  Oleh demikian,semua pihak termasuk pengguna perlu peka dengan setiap promosi dan hebahan yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengetahui lokasi-lokasi pasar tani di seluruh negara yang menawarkan harga yang lebih rendah dan berpatutan.