Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Jimat Cermat Dalam Menggunakan Tenaga

 

Sebagai pengguna, kita sering kali diingatkan untuk mengamalkan sikap berjimat cermat dan ingatan itu terutamanya membabitkan dalam penggunaan elektrik. Penggunaan barangan elektrik dalam kehidupan sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana kesemua barangan kegunaan harian menggunakan tenaga elektrik.


Tenaga elektrik bukan sahaja digunakan untuk memasak, membasuh dan membersihkan kediaman, malah kerja pejabat yang mungkin dilakukan di rumah. Setiap isi rumah akan menyumbang kepada penambahan bebanan penggunaan tenaga elektrik ketika menggunakan tenaga elektrik untuk mencapai keselesaan seperti pemanas air untuk mandi, penyaman udara untuk menyejukkan ruang kediaman seperti bilik tidur dan ruang tamu.


Tahap penggunaan tenaga elektrik boleh dikurangkan jika pengguna di rumah kediaman mengetahui cara penggunaan secara berhemah dan cekap. Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemilik kediaman untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik secara menyeluruh adalah dengan memastikan lampu dipadam di ruang yang tidak digunakan. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga tetapi juga dapat menjimatkan perbelanjaan serta kecekapan barang-barang elektrik yang digunakan.


Selain itu,penggunaan cahaya dalam rumah juga dapat dipraktikkan iaitu dengan menggunakan mentol dan lampu yang jimat tenaga untuk menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 80 peratus. Menggunakan kadar cahaya lampu yang betul seperti ketika membaca cahaya yang terang dan apabila menonton televisyen atau video,menggunakan lampu yang malap. Di samping itu,menggunakan kadar tenaga watt yang rendah di koridor, laluan tangga dan bilik stor kerana kawasan ini hanya memerlukan kecerahan yang sedikit hanya untuk menerangi. Contohnya penggunaan lampu kalimantang biasa adalah lebih jimat berbanding dengan lampu pijar.

Jenis penggunaan peralatan elektrik dalam rumah juga dapat mempengaruhi kadar penggunaan tenaga elektrik contohnya peti sejuk. Memilih kapasiti peti sejuk yang sesuai dengan penggunaannya. Jangan sesekali terpengaruh dengan membeli peti sejuk berkapasiti besar tanpa mempertimbangkan penggunaannya.  Semakin besar kapasitinya, semakin tinggi penggunaan tenaga yang akan digunakan. Selain itu, jika boleh elakkan terlalu kerap membuka dan menutup peti sejuk untuk menghindari udara dingin keluar yang mengakibatkan  pembaziran tenaga yang keluar.


 Mesin basuh juga perlu digunakan dengan tatacara yang betul bagi mengelakkan mesen terpaksa bekerja keras dan menggunakan tenaga yang lebih serta cepat rosak. Pastikan jumlah kapasiti adalah penuh kerana jika dimasukkan separuh kapasiti, jumlah tenaga yang digunakan tetap sama. Selain itu, pengering mesin basuh hanya digunakan apabila perlu dan lebih ekonomi jika menggunakan cahaya matahari untuk mengeringkan pakaian. Penghawa dingin dengan kapasiti yang sesuai mengikut keperluan dan keluasan ruang adalah disyorkan. Kadar suhu yang sesuai digunakan adalah  24 darjah celsius. Hal ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan mengelakkan penggunakan suhu yang sangat rendah kerana akan memaksa alat penghawa dingin bekerja lebih berat dan memendekkan jangka hayatnya.


Tuntasnya, sebagai pengguna kita seharusnya mengambil berat mengenai jumlah penggunaan tenaga elektrik serta mendisiplinkan diri bagi mengawal penggunaan tenaga dan mengelakkan pembaziran berlaku. Justeru itu, marilah kita sama-sama berusaha dalam menjimatkan penggunaan tenaga bagi mengelakkan perbelanjaan yang lebih akibat daripada kealpaan kita sendiri. Bak kata pepatah ‘cegah sebelum parah’. Salam hormat.