Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

BR1M 2014 Tanda kerajaan prihatin beban rakyat


Bantuan Rakyat Satu Malaysia 2014 merupakan salah satu bentuk bantuan One-Off yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 bertujuan untuk meringankan serta membantu mengurangkan kenaikan kos sara hidup. Seramai 5.9 juta isi rumah bakal mendapat manfaat daripada BR1M 2014 ini.


Bantuan ini diberikan berdasarkan kelayakkan iaitu warganegara Malaysia yang berpendapatan isi ruman RM3,000 dan ke bawah sebulan merangkumi individu yang berkahwin, bujang dan warga emas(berumur 60 tahun Ke atas). Dalam BR1M 2014 ini juga telah dilakukan penambahbaikan oleh pihak kerajaan iaitu bagi isi rumah RM3,000 dan ke bawah,nilai bantuan akan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650. Manakala bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3001- RM4000 pula akan memndapat bantuan sebanyak RM450.


BR1M 2014 juga ditambah baik dengan manfaat i-BR1M iaitu akaun insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1 Malaysia bernilai RM50 akan dinikmati oleh penerima bagi kategori isi rumah sahaja dengan perlindungan maksimum sehingga RM 30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan bagi tempoh perlindungan 1Januari hingga 31 Desember 2014.Proses pembayaran akan dilakukan bermula 22 Februari 2014 secara berperingkat seluruh negara. Bagi pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat secara berperingkat dan bagi yagng telah mengemaskini maklumat pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima secara serentak serta penerima yang tidak mengemaskini nombor akaun,bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat melalui baucer. Sebarang pertanyaan mengenai BR1M 2014 boleh dirujuk melalui laman sesawang www.treasury.gov.my atau hubungu talian 1800-88-2716.


Kesimpulannya, Bantuan Rakyat 1Malaysia ini banyak memberi manfaat kepada rakyat yang disasarkan. Justeru itu, kita sebagai rakyat perlu bersyukur dengan nikmat kestabilan dan keamanan yang kita kecapi di samping kerajaan yang sangat peka terhadap permasalahan rakyat. BR1M 2014 ini tidak lain fungsinya adalah untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang kian meningkat.