Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Bersama Kita Semarak Kibar Jalur Gemilang

Pada 21 Julai 2014 yang lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek telah melancarkan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di perkarangan Perbadanan Putrajaya. Majlis ini merupakan simbolik bagi semua warganegara Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-57. Tema pada kali ini mempunyai erti yang mendalam iaitu "Malaysia…Disini Lahirnya Sebuah Cinta".

Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat nilai kebangsaan yang tinggi dalam memahami erti kemerdekaan negara dan tanah air yang kita cintai selamanya. Hal ini Malaysia telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam proses mencapai kemerdekaan daripada pihak Kolonial British melalui pelbagai fasa perjanjian dan situasi. Segala susah payah generasi terdahulu dapat dinikmati oleh generasi sekarang dan berupaya tinggal di Malaysia dalam keadaan aman. Hal ini kerana kerukunan dan kebersamaan di antara setiap rakyat adalah sangat perlu dikekalkan bagi menjamin keamanan dan kestabilan.

Pelbagai program telah dirangka sempena sambutan Hari Kemerdekaan saban tahun tetapi kali ini lebih penghayatan kerana tahun kemerdekaan negara adalah pada 31 Ogos 1957 menyamai kali yang ke-57 kemerdekaan Malaysia. Oleh demikian, kita semua selaku rakyat di bumi bertuah Malaysia ini haruslah mempunyai semangat yang tinggi dalam menzahirkan semangat kebangsaan terhadap negara iaitu dengan mengibarkan bendera bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan pada kali ini di samping meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia harus mempunyai sikap sayang dan cintakan negara. Ekpresi tersebut dapat ditunjukkan dengan mengibarkan jalur gemilang mengikut cara yang betul di setiap premis dan rumah.Marilah kita sama-sama menjayakan kempen kibar jalur gemilang yang menjadi lambang kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia bumi bertuah. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.