Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

NKRA COL Beri Banyak Manfaat Kepada Rakyat

Kenaikan kos sara hidup, hakikat yang perit dihadapi ketika ini. Ia sukar ditangani secara mutlak. Ia berpunca daripada kelembapan ekonomi secara global.  Perlu difahami ekonomi Malaysia yang terbuka, terdedah dan sensitif kepada kesan langsung krisis di negara lain. Situasi itu menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan dalam masa yang singkat.

Namun begitu, tidak bermakna kita boleh mengawal dan mengurangkan impaknya. Malah kerajaan tidak berdiam diri. Usaha demi usaha terus dilaksana bagi memastikan bebanan rakyat dapat dikurangkan.

Sama ada kita sedar atau tidak, kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kos sara hidup (COL) melaksanakan pelbagai langkah untuk menanganinya. Berdasarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2016 kerajaan telah membelanjakan lebih 23.5 bilion ringgit untuk mengurangkan beban kewangan rakyat melalui NKRA COL sejak ia diperkenalkan 2011. Ia disalurkan melalui bantuan segera dan bantuan jangka pendek antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucer Buku 1Malaysia dan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia. Malah bantuan NKRA kos sara hidup juga diberikan melalui peningkatan ketersediaan dan kebolehcapaian kepada kemudahan awam seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kafe Rakyat 1Malaysia dan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.

Bagi BR1M sahaja sebanyak 19.33 bilion ringgit lagi telah diagihkan sejak 2012. Tahun 2016, 7.28 juta rakyat menerima antara RM400 hingga RM1050 bergantung kepada tahap pendapatan dan keperluan isi rumah masing-masing. Ini menjadikan keseluruhan pemberian sebanyak 5.36 bilion ringgit iaitu satu jumlah yang sangat tinggi. Begitulah keprihatinan kerajaan terhadap susah senang rakyat. Sudah pasti menjadi tumpuan utama golongan berpendapatan rendah.

Perlu difahami kenaikan kos sara hidup bukan menyebabkan kuasa beli menyusut malah ia turut membawa  kesan negatif kepada institusi  kekeluargaan termasuk dari segi pendidikan anak-anak. Sebab itulah, kerajaan mengadakan pelbagai bantuan sekaligus membuktikan kerajaan sedar kesan peningkatan kos sara hidup satu persoalan sosial yang perlu diambil kira dalam menuju matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Bagaimanapun, di sebalik segala bantuan itu tidak wajar bagi kita melepaskan di bahu kerajaan semata-mata dalam mengatasinya. Sebaliknya, perlu bijak mengurus gaya hidup sesuai dengan pendapatan yang diperoleh. Usaha kerajaan meningkatkan pendappatan boleh guna rakyat perlu sokongan semua terutama bagi yang berada dalam kumpulan isi rumah 40% terendah.