Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Penjawat Awam Diseru Eksploitasi Kreativiti Dan Inovasi

Ungkapan ‘No retreat, no surrender’ atau ‘Takkan berundur, takkan mengalah’ seringkali dilaungkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa berucap kepada khalayak. Baru-baru ini beliau turut menyatakan tekad sedemikian di akhir pembentangan Laporan Transformasi Negara (NTP) 2016. Tidak sukar untuk menterjemahkan keazaman Perdana Menteri.


Persis jeneral perang, Dato Sri Najib bertegas tidak akan mengaku kalah terhadap segala cabaran mendatang. Dalam hal ini seharusnyalah rakyat, terutamanya penjawat awam mengambil positif tentang ketegasan Perdana Menteri yang dimahukan agar semua saling berusaha memacu kejayaan negara. Paling penting jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian yang ‘lebih kurang atau ok’ sahaja.


Seperti kata Perdana Menteri, ‘jangan terima lebih kurang’. “Saya tak nak dengar perkataan lebih kurang, ok. Itu tidak boleh.” Ternyata teguran Perdana Menteri terhadap penjawat awam itu seperti beliau pernah melalui keadaan sedemikian. Jadi, wajar sebagai kakitangan kerajaan mengambil peduli tentang peringatan tersebut dan berusaha ke tahap kemampuan maksimum atau melebihi had. Dalam hubungan ini penjawat awam wajar mengeksploitasi sepenuhnya kreativiti dan inovasi dalam diri masing-masing. Perlu sedar penyelesaian secara kreatif dan inovatif merupakan mekanisma yang diperlukan ke arah mencapai peningkatan dalam tugas serta melonjakkan perkhidmatan awam.


Sesungguhnya, dunia berkembang pesat. Perubahan demi perubahan dalam teknologi semasa mempengaruhi gaya hidup masyarakat global. Keadaan sedemikian turut mengubah persekitaran dan cara kerja sektor awam dan swasta di banyak negara. Lebih-lebih lagi dunia kini menuju revolusi dalam perindustrian. Industri keempat merupakan arah aliran atau tren masa kini yang lebih mementingkan robot automasi dan analisis data besar dalam pelaksanaan tugas. Ini merangkmi antaranya konsep internet of things atau internet untuk segala-galanya (IOT) dan perkomputeran awan.


Dalam hal ini rakyat perlu bersedia untuk bergerak seiring dengan industri keempat. Ini termasuk penjawat awam. Di sebalik kemajuan teknologi pintar yang menawarkan kemudahan dalam pelaksanaan tugas, individu itu perlu memiliki kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kakitangan kerajaan perlu sedar negara punya agenda besar iaitu menuju wawasan transformasi nasional 2050 (TN50).TN50 merupakan inisiatif jangka panjang negara ke arah menentukan masa depan lebih jelas untuk Malaysia dalam tempoh kira-kira 30 tahun akan datang. Ini sudah tentu menuntut perubahan pemikiran dalam mendepani masa depan.


Oleh itu penting bagi sektor awam untuk tidak berada dalam zon selesa atau ditakuk lama ketika seluruh masyarakat sentiasa menilai kemampuan kerajaan menangani isu mereka.