Rabu 24 October 2018
A- A A+

Ke Mana Hilangnya Perikemanusiaan?

GARA-GARA hanya kerana menangis, anak berumur dua tahun dibelasah ayah-nya sendiri - lelaki dewasa 29 tahun yang waras, sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Apa yang mampu kita ungkap-kan? Syukur. Ya, syukur kerana anak kecil tersebut masih hidup. Begitulah rendahnya tahap kemanusiaan kita berhadapan dengan jenayah terha-dap kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi.

Tidak cukup dengan itu, ada juga situasi penderaan mental yang dialami, lalu membawa tekanan keterlaluan buat anak-anak.

Sebagai seorang wanita dan ibu, saya amat terkesan dengan tindakan sadis yang menimpa anak-anak berkenaan. Umur mereka yang terlibat, rata-ratanya hampir sebaya dengan cahaya mata saya sendiri.

Tidak dapat dinafikan, air mata saya menitis apabila mengenangkan nasib arwah adik Nur Aina Nabihah yang kerap dibelasah dan dipijak ayahnya sendiri, sehingga ke hembusan nafas terakhir.

Hati saya turut merintih, mendengarkan kisah adik-beradik perempuan di Ampang yang beratus kali diserang secara seksual oleh bapa saudara mereka sendiri, walaupun mereka masih kecil dan mentah.

Bagaimana pula dengan perla-kuan tidak senonoh seorang penjaga rumah anak yatim (juga di Ampang), yang mengambil kesempatan ke atas beberapa anak perempuan dengan mengambil gambar, men-cabul dan merogol mereka?

Tidak dapat saya gambarkan perasaan mangsa yang tiada tempat bergan-tung; yang diharapkan dapat menjaga kebajikan mereka, rupanya hanyalah musang berbulu ayam.

Dan tentunya, seluruh warga Malaysia berduka apabila mendapat tahu tentang kematian mendiang adik Vasantha Priya, seorang pelajar komited yang bertindak mengambil nyawanya sendiri setelah dituduh mencuri telefon pintar gurunya.

Ini hanyalah sebahagian dari-pada beratus, atau beribu kes penderaan yang dilakukan ke atas kanak-kanak di negara ini. Sekiranya kita ikuti perkembangan terbaru di arus perdana dan alternatif, jelas dapat dilihat bahawa situasi kega-nasan melibatkan insan-insan cilik masih berleluasa.

Menurut statistik yang dikong-sikan di Parlimen pada sesi perte-ngahan tahun lepas, sejumlah 22,234 kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah dilaporkan berlaku dari tahun 2010 sehingga Mei 2017.

Daripada jumlah tersebut, lebih 1,700 adalah kes sumbang mahram. Selain itu, lebih 2,200 kes penderaan fizikal ke atas kanak-kanak yang direkodkan PDRM amat menggu-sarkan saya.

Angka-angka ini adalah dapatan yang diperoleh hasil laporan yang dikemukakan; berapa banyak lagi kes yang berlaku di luar sana, tetapi tidak diketahui pihak berkuasa?

Bukankah anak-anak kecil perlu dijaga, dididik dan dibentuk sebaiknya agar dapat menjalani kehidupan dalam keadaan terbaik?

Ingin saya sarankan pada ibu bapa, janganlah jadikan anak-anak tempat meluahkan perasaan atau rasa tidak puas hati. Jika ada sebarang perselisihan faham, selesaikanlah dengan penuh hemah, hikmah.

Dalam usaha mendidik anak-anak pula, tekankan juga unsur psikologi dan emosi, khususnya dari perspektif anak-anak itu sendiri. Sudah tentu anak yang degil dan kasar perlu ditegur dan dibentuk, tetapi cara yang melibatkan penderaan fizikal bukan sahaja boleh mencacatkan pertumbuhan mereka, malahan boleh mendatangkan trauma mental yang berpanjangan.

Guru dan masyarakat turut berperanan besar dalam mendidik anak-anak, serta mendengar segala permasalahan mereka. Ada kalanya, isu-isu yang dialami, termasuk penderaan fizikal, seksual atau emosi hanya dapat diketahui melalui interaksi yang mendalam setelah kepercayaan dapat dibina. Masalah yang diketahui pula haruslah dilaporkan kepada pihak berwajib, dan tidak didiamkan.

Benar, pelbagai langkah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kadar penderaan ke atas kanak-kanak. Contohnya kewujudan Talian Kasih 15999 untuk melaporkan kes penderaan serta Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Dasar Persaranan demi memastikan kebajikan dan kesihatan mental Malaysia berada di tahap terbaik.

1) Meningkatkan tahap pendidikan psikologi ibu bapa melalui kelas atau inisiatif berterusan di bawah kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2)Menyediakan perkhidmatan kaunselor rumah tangga di segenap pelosok negara bagi mengurangkan potensi perselisihan faham dan krisis kekeluargaan (One Stop Health Mental Care).

3)Menggalakkan komunikasi terbuka di rumah dan sekolah anak-anak-khususnya berkenaan kesihatan mental dan emosi.

4) Menambah dana dan peruntukan di kawasan tertumpu seperti pusat komuniti rakyat, rumah ibadat dan pusat rekreasi bagi menggalakkan aktiviti sosial yang positif dan interaktif.

Saya terinspirasi dengan ucapan pembukaan Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand yang menga-takan negara tersebut akan menerajui untuk mengukur tahap kemajuan negara berdasarkan kemajuan sosial, budaya dan alam sekitar.

Sumber: Sinar Harian

Artikel dimuat naik : 6 Februari 2018

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking