Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Portal 1Klik Untuk Semua


Bermula 1 Mac 2011, Portal Pusat Maklumat Rakyat (PMR) dikenali 1Klik.  Adalah menjadi impian jabatan untuk menjadi hab maklumat kepada masyarakat.   1Klik sebagai sumber portal kerajaan yang menghimpunkan maklumat-maklumat mengenai dasar-dasar jabatan dan agensi kerajaan secara interaktif dan mesra pengguna.  Diakui bukan mudah untuk menjadi gerbang maklumat kerajaan, namun kegigihan akan diteruskan ke arah itu.


















PMR bermula sejak 2005 telah berjaya mendapat hits pengunjung sehingga 28 Februari 2011 sebanyak 7.7 juta.  Alhamdulillahlah tertinggi bagi jabatan kerajaan.  Untuk kekal unggul, jabatan perlu terus mengorak langkah membuat penambahbaikan agar 1Klik terus kekal teratas. Dalam dunia siber yang semakin canggih dengan setiap hari diketengahkan teknologi baru dan terkini.  Maka peluang perlu direbut, jika tidak, ramai di luar sana yang berlumba-lumba memberi perkhidmatan terbaik.

















Kami juga mengamalkan sikap keterbukaan dan mengalu-alukan pandangan dan teguran bagi memastikan 1Klik adalah yang terbaik dan disenangi semua. Geng 1Klik dan Rakan 1Klik diharap mendapat sambutan baik.  Kedua-dua segmen ini menyelitkan mesej insaniah.  Kami sedar dalam dunia yang semakin canggih, penuh kesibukan dan manusia berkejar mencari rezeki sehingga ada kalanya alpa, sengaja atau tidak akan tanggungjawab kepada insan tersayang.  
















Diharap usikan dan perkongsian pengalaman yang tertera di dalam Geng 1Klik dan Rakan 1Klik diterima dengan baik dan hati terbuka.  Kami juga mengalu-alukan komen dari semua. Jadikan portal 1Klik hak kita bersama dan kami yakin ia bukan sahaja akan menjadi hab maklumat yang tepat, tetapi ruang mengeratkan silaturahim antara kita rakyat 1Malaysia.














Salam Hormat.