Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Peluang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Cerah


Alhamdulillahlah...

Rasanya ramai yang setuju kalau dikatakan perasaan lega kepada seramai 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dibenarkan terus bertugas walaupun kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pemberhentian perkhidmatan mereka pada 2010.  Lebih menariknya, mereka diberi peluang memilih untuk berkhidmat dua, tiga atau lima tahun.

Di samping itu GSTT akan diberi peluang untuk mengikuti kursus lanjutan atau kursus semasa cuti sekolah bagi meningkatkan keupayaan untuk menjadi pendidik yang setanding dengan guru-guru terlatih lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Usaha bagi memastikan GSTT diberi peluang berkhidmat membolehkan mereka terus mempunyai pekerjaan, terutama yang telah mempunyai keluarga sendiri ataupun menjadi penyumbang utama kepada ibu-bapa.  Secara tidak langsung ia turut mengurangkan kadar pengangguran yang berlaku bagi yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan lain.

Apa yang diharapkan agar GSTT terlibat tidak memilih sekolah, kawasan atau negeri untuk berkhidmat.  Dalam usaha kerajaan membantu meringankan bebanan ekonomi mereka, guru-guru sandaran juga perlu memahami kekangan yang dihadapi jika mereka terlalu memilih sekolah untuk belajar.  Jauhi sikap hendak tempat yang selesa, dekat dengan keluarga dan mempunyai kemudahan logistik.

Bagi yang masih bujang tidak salah bekerja di luar kota atau kawasan pendalaman, termasuk di Sabah dan Sarawak.  Ia bukan sahaja untuk meluaskan pandangan melihat tempat orang, tetapi berkhidmat pada anak bangsa yang memerlukan perkhidmatan mereka.

Usaha dan dasar yang dibuat kerajaan hanya akan berjaya jika mendapat sokongan dan penglibatan semua pihak.  Kita mahu anak bangsa yang mensyukuri nikmat dan membuat sedikit pengorbanan apabila peluang telah terbuka dan terbentang luas.