Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

GTP Pemangkin Transformasi Kerajaan


Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan diterajui oleh beliau sendiri. Dua objektif GTP adalah  untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan objektif kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat  maju, bersatu-padu dan saksama dengan kualiti kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 untuk  Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya. GTP merangkumi enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur luar bandar serta menambah baik sistem pengangkutan awam.













Pengurangan Kadar Jenayah
NKRA yang pertama iaitu mengurangkan kadar jenayah telah diletakkan di bawah pemantauan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Pengurangan kadar jenayah ini dilihat berjaya menurunkan jenayah jalanan sebanyak 35% dan penurunan jenayah indeks sebanyak 15%. Ini memperlihatkan bahawa penggunaan tenaga kerja secara optimum dan sistematik telah dapat membantu untuk mengurangkan kadar jenayah dalam negara dan merupakan penurunan yang tertinggi sejak negara mencapai kemerdekaan.  Selain itu, bilangan kes tertunggak yang dapat diselesaikan juga adalah tinggi iaitu berjumlah sebanyak 2001 kes jenayah kekerasan yang dapat diselesaikan sepanjang tahun 2010.  Pencapaian lain pula adalah setiap balai polis di seluruh negara iaitu sebanyak 753 buah telah diberikan “ranking” atau kedudukan mengikut prestasi perkhidmatan yang diberikan. Manakala sejumlah 14,222 orang pegawai telah dikonstrukkan semula ke kawasan panas dan sebanyak 7402 orang kakitangan pejabat telah di berikan tugas untuk membuat tugasan luar seperti rondaan bagi membantu membanteras jenayah secara menyeluruh.













Memerangi Rasuah
Bagi memerangi rasuah pula telah diletakkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di mana pihak kerajaan telah memperkenalkan Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010 Malaysia.  Penubuhan Akta ini adalah bertujuan untuk memberikan jaminan keselamatan  kepada pemberi maklumat seperti kerahsiaan identiti serta perlindungan terhadap sebarang tindakan ke atas penyampai maklumat. Selain itu kerajaan juga komited dengan usaha membanteras rasuah dan telah menubuhkan Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) iaitu mewujudkan satu pangkalan data bagi pesalah laku rasuah dengan lengkap segala maklumat diri pesalah seperti nama, nombor  kad pengenalan serta jenis salah laku yang dilakukan.  Melalui pengenalan MACC ini kerajaan telah berjaya merekodkan seramai 284 orang pesalah dan ia telah melebihi sasaran awal iaitu sebanyak 84 orang pesalah pada tahun 2010.








Seterusnya ialah pelancaran laman sesawang MYPROCUREMENT yang bertujuan untuk menyenaraikan lebih daripada 3500 kontrak kerajaan dan tender di dalamnya dapat untuk diketahui nilai kontrak, tarikh dan pemenang tender.  Dengan wujudnya laman sesawang ini, kerajaan dilihat sangat mengutamakan ketelusan.  Keadaan ini dapat dilihat daripada keputusan yang diperoleh daripada Transperency International Global Corruption Barometer di mana keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan bagi memerangi rasuah telah bertambah iaitu daripada 28% pada tahun 2009 kepada 48% pada tahun 2010.






Mempertingkatkan Pendidikan Berkualiti
Dalam mempertingkatkan mutu pendidikan negara, Menteri Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuainya. Kerajaan telah memperkenalkan sistem ranking dan kedudukan bagi sekolah-sekolah mengikut pencapaian serta penilaian prestasi setiap sekolah di samping membangun sekolah-sekolah bagi menampung kemasukan pelajar yang semakin meningkat setiap tahun.  Hasil daripada penubuhan sekolah yang banyak ini menyebabkan lebih daripada 700,000 kanak-kanak pra sekolah telah dapat untuk memasuki alam persekolahan kerana kekurangan sekolah di kawasan tertentu telah dapat dipenuhi dengan pembangunan sekolah oleh pihak kerajaan.  Selain itu, kerajaan juga telah menyenaraikan sekolah-sekolah terpilih yang dilihat mempunyai tahap kecemelangan yang tinggi iaitu dengan menyenaraikan sebanyak 20 buah sekolah terpilih dengan 14 buah daripadanya adalah sekolah Menengah dan 6 buah lagi adalah sekolah Rendah bagi seluruh negara.









Mempertingkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah
Bagi mempertingkatkan taraf hidup rakyat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah di GTP  dilihat sebagai satu-satunya langkah untuk membasmi kemiskinan yang paling berjaya selepas DEB yang dilancarkan pada 1970 yang bermatlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.  Melalui program ini, sebanyak 44,643 isi rumah kemiskinan tegar telah berjaya di kurangkan hampir kepada peratusan sifar dengan hanya berbaki 108 bersamaan 0.2% pada 31 Disember 2010.













Selain daripada itu, kira-kira 2000 usahawan wanita telah berjaya ditingkatkan purata pendapatannya dari RM750 kepada RM3500 setiap bulan dan lebih.  Langkah lain yang dilakukan di bawah program ini ialah dengan menawarkan sebanyak 35,095 buah unit kos rumah rendah telah ditawarkan kepada individu yang berhak dan mendapat subsidi daripada kerajaan sebanyak 75% lebih rendah daripada harga pasaran semasa.









Mempertingkat Infrastruktur Luar Bandar
Melalui Pembangunan Luar Bandar yang dilihat dapat memberikan keselesaan hidup kepada kira-kira lebih 2 juta rakyat.  Antara hasil dan pencapaian yang berjaya dilakukan menjelang 2010 ialah lebih 35,000 isi rumah mendapat bekalan air bersih, 27,000 isi rumah mendapat bekalan elektrik, lebih 16,000 buah rumah telah di baik pulih bagi penduduk miskin dil uar bandar serta pembinaan lebih 750km jalan raya termasuk jalan di kampung-kampung di seluruh negara.  Kemudahan asas yang diperoleh ini dilihat akan dapat dimanfaatkan oleh lebih 2 juta masyarakat luar bandar dalam negara.










Menambah baik Sistem Pengangkutan Awam
Dengan kewujudan Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) yang dibuka pada bulan Januari 2011 dan beroperasi di Bandar Tasik Selatan dilihat telah dapat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di  pusat bandar kuala Lumpur.  Melalui Terminal ini dapat untuk dijadikan perhentian kira-kira 500 hingga 600 buah bas ekspress dan tidak perlu untuk memasuki pusat bandar ini  berupaya mengurangkan kesesakan di pusat bandar.  Selain itu, sebanyak 634 buah hentian bas telah dibaik pulih di sekitar Shah Alam, Selayang, Kajang, Ampang Jaya, Sepang dan Petaling Jaya bagi memberikan keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam di negara ini.  Pengenalan set kereta api empat gerabak bagi laluan ke Kelana Jaya dilihat telah dapat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mempertingkatkan jumlah pengguna melebihi 2juta dapat melalui perjalanan dengan selesa, efektif serta pengurusan masa yang baik.





















Secara keseluruhannya, GTP ini adalah dilihat sebagai suatu daripada kaedah yang dilakukan oleh kerajaan bertujuan untuk memberikan hasil dan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat.  Selain itu, GTP juga membawa pembaharuan daripada segi perkhidmatan penyampaian dalam kerajaan serta melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan efisien.