Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama

Pendahuluan










Kadar jenayah di seluruh negara menyaksikan penurunan mendadak selepas pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah.  Peratusan penurunan jenayah pada tahun 2010 melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu pengurangan 5 peratus bagi jenayah indeks dan 20 peratus jenayah jalanan. Penurunan kadar jenayah ini tidak bermakna masyarakat boleh berasa selesa dan selamat sepenuhnya, sebaliknya kita semua perlu terus berhati-hati serta bekerjasama dalam membendung jenayah.












Perbezaan kes jenayah Indeks sebelum dan selepas pelaksanaan NKRA






indeks-jenayah2

 

 

*Nota: NKRA mula dilaksanakan pada akhir tahun 2009









2008 – 423,290
2009 – 209,817
2010 – 177,520

Jumlah kes menurut Hasil Petunjuk Prestasi Utama Negara ;

Jenis Jenayah 2009 2010 Peratus Penurunan
Jenayah Indeks 209,817 177,520 15%
Jenayah Jalanan 38,080 24,837 35%






Jenis Jenayah










Jenayah Indeks











-Terdiri daripada 14 jenis jenayah
-Bersifat serius dan sering berlaku
-Jenis-jenisnya; curi, curi ragut, kecurian motosikal, kecurian kereta, kecurian jentera berat, pecah rumah (siang), pecah rumah (malam), samun tanpa senjata api secara berkawan,  samun tanpa senjata api, samun dengan senjata api secara berkawan, samun dengan senjata api, cabul, rogol dan bunuh












Jenayah Jalanan
-Terdiri dari tiga berlainan kategori jenayah
- Jenis-jenisnya; jenayah curi ragut, samun tanpa senjata api secara berkawan dan samun tanpa senjata api




indeks_jenayah3

Keberhasilan Besar 2010
1) Lebih 6000 rampasan dan penangkapan oleh Operasi Nasional untuk mencegah kecurian kenderaan, curi ragut dan pecah rumah
2) Penambahan sebanyak 496 kamera litar tertutup (CCTV) di 50 kawasan panas di seluruh negara
3) Pengurangan sebanyak 5.7% jumlah orang yang “Berasa Takut Menjadi Mangsa Jenayah”
4) 2,001 kes jenayah kekerasan tambahan yang tertunggak telah diselesaikan.
5) 5,222 kes jenayah kekerasan dibawa ke muka pengadilan.
5) 5,000 anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dipilih menghadiri latihan asas kepolisan selama dua minggu di pusat latihan RELA/JPAM, kemudian diserap sebagai anggota sukarelawan polis (PVR)
6) 14,222 pegawai diberi tugas baru untuk meronda di kawasan ‘hot spot’
7) 7,402 kakitangan pejabat ‘back office’ ditugaskan semula ke barisan hadapan untuk memerangi jenayah
8) Kakitangan Pasukan Gerakan Am (PGA) ditugaskan semula dengan sokongan angkatan tentera untuk membanteras jenayah
9) 2.6 juta ahli RELA direkrut dan didaftarkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
10) Program Bandar Selamat – 2,594 tiang lampu tambahan, 343 cermin keselamatan, 33.1km pagar keselamatan dan tiang kecil (bollard) di 12 PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)
11) Mewujudkan Jadual Liga Balai yang menilai kedudukan kesemua 753 balai polis di seluruh negara





Inisiatif Mengurangkan Jenayah Indeks

jenayah4

 

Insitiatif Mengurangkan Jenayah Jalanan

jenayah5

Sasaran Kerajaan pada tahun ini


-    Memastikan penurunan lima peratus  jenayah indeks berbanding 2010
-    20 peratus pengurangan jenayah jalanan berbanding 2010
-    50 peratus penduduk Malaysia mempunyai 'Rasa Takut Menjadi Mangsa Jenayah'
-    20 peratus kertas siasatan (IP) dibuka dibawa ke muka pengadilan dan
-    60 peratus responden 'Puas hati terhadap perkhidmatan PDRM'



Sumber: Pemandu

Tip Cegah Jenayah Indeks


Jangan melawan


Jika berlaku atau anda berdepan dengan sebarang kejadian jenayah, dinasihatkan jangan melawan atau menjadi hero dalam situasi berkenaan. Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting. Segera buat laporan polis selepas kejadian. Camkan wajah, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis.


Penyamaran sebagai polis


Jika seseorang yang berpakaian preman (tanpa uniform) menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu itu menunjukkan kad kuasa mereka. Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti Mykad, manakala polis berpangkat biasa kad kuasa adalah berwarna kuning.


Komputer riba dan telefon bimbit dalam kenderaan


Jangan sesekali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kereta walaupun di tempat tersorok. Penjenayah kini mempunyai alat canggih seperti ‘detector’ yang boleh mengesan barangan terbabit di dalam kereta anda.


Mengeluarkan wang di bank


Semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dalam jumlah yang besar, dinasihatkan agar membawa teman bersama untuk keselamatan.


Senaman di taman


Tinggalkan barangan berharga dan barang kemas anda di rumah atau bawa bersama beg kecil ketika melakukan senaman. Jangan meninggalkannya di dalam kenderaan kerana ada kumpulan penjenayah yang aktif memerhati di kawasan rekreasi.


Penempatan atau kawasan perumahan


Sila lapor kepada balai polis berdekatan jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan anda yang dicurigai. Polis akan memantau rumah bujang tersebut untuk keselamatan anda.


Wanita dan beg tangan


Wanita dinasihatkan berjalan melawan arus dan pastikan beg tangan anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebelah yang menghadap jalan raya. Silang beg tangan yang panjang.


Musim perayaan


Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musim perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan rumah anda.

Sumber: PDRM Bandar Sri Pinang



Kesimpulan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mensasarkan untuk menutup 2,000 kes jenayah berat yang tertangguh serta mengemukakan 5,500 kes jenayah berat untuk pendakwaan di mahkamah. Semua sasaran itu mampu dicapai atau melangkaui jangkaan dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah KDN seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Percetakan Nasional Berhad (PNMB) di samping agensi kerajaan yang lain.












Dengan kerjasama semua pihak terutamanya orang ramai, angka-angka sasaran ini bukan sahaja dapat dicapai malah kadar jenayah negara pasti dapat dikurangkan dengan mendadak. Sekiranya negara kita selamat, jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia akan terus meningkat dan seterusnya dapat meningkatkan sumber ekonomi negara.