Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Bentuk-bentuk Pemerdagangan orang dan penyeludupan migran

hospital-swasta-jual-bayi Salah satu mangsa pemerdagangan bayi


• Eksploitasi Seks
Eksploitasi seks adalah jenayah paling kerap berlaku dalam pemerdagangan orang. Mangsa biasanya dijanjikan pekerjaan bergaji lumayan dan dibawa masuk secara sah ataupun diseludup secara haram. Namun akhirnya, mangsa ditipu dan dipaksa melacurkan diri.  Mereka dikawal dengan ketat dan seringkali turut terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.







• Buruh Terikat
Mangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya akan didera dan tidak dibayar gaji.






• Pengabdian Domestik Secara Paksa
Mangsa ialah pekerja -pekerja domestik yang dipaksa bekerja di tempat yang tidak formal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja yang lain. Migran asing, biasanya wanita dan kanak-kanak direkrut dari negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin. Wanita diarah bekerja sebagai pembantu rumah dan pengasuh manakala kanak-kanak akan dijadikan buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan Malaysia.


• Permindahan Organ
Pemindahan organ merupakan salah satu dari aktiviti pemerdagangan orang. Organ kebanyakannya diperoleh dari negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasi mangsa di dalam negara ataupun yang
diseludup secara haram. Ia memberikan keuntungan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus dari 70,000 buah pinggang yang dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap.

• Pemerdagangan Bayi
Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (contohnya di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000 hingga RM20,000 seorang). Bayi yang diperdagangangkan biasanya diculik, diseludup atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan sindiket ini. Bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama ILO telah mengadakan simposium untuk mewujudkan kesedaran dan sasaran mereka untuk majikan-majikan yang menyediakan pekerjaan kepada pekerja-pekerja asing. Pada tahun 2008, pemeriksaan telah dilakukan ke atas 50,518 majikan dan sebanyak 15,376 majikan beserta pekerja asing mereka yang terlibat. Tindakan telah diambil untuk menguatkan lagi proses dan prosedur pengambilan pekerja-pekerja asing dan untuk mengurangkan permintaan terhdap pekerja asing ini.