Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Kerajaan Perlu Telus Dalam Usaha Perasionalan Subsidi, Kata MARC


KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Maklumat mengenai jumlah penjimatan daripada usaha perasionalan subsidi ke arah memberi faedah kepada rakyat perlu diumumkan, demikian menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) hari ini.









Maklumat berkenaan boleh membantu menghapus sebarang keraguan terhadap hasrat kerajaan untuk mengurangkan penggantungan yang boleh diambil negara terhadap subsidi tanpa mengurangkan kebajikan rakyat, jelasnya.








Aliran maklumat yang biasa dan terperinci perlu diadakan sebagaimana Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) lakukan untuk pelaburan, katanya dalam nota penyelidikan ekonomi di sini hari Khamis.











Menurut MARC, kenaikan dalam tarif elektrik baru-baru ini memberi contoh yang baik mengenai bagaimana kerajaan boleh mengurangkan pergantungan rakyat kepada subsidi tanpa menjejaskan kebajikan.











"Langkah berkenaan jelas menggariskan satu pelan untuk melindungi kumpulan pendapatan terendah. Maklumat sedemikian secara idealnya disediakan apabila subsidi lain dikurangkan secara beransur-ansur bagi mengurangkan tahap kebimbangan dalam komuniti," katanya.














Sementara itu, MARC berkata pemansuhan subsidi di negara lain biasanya disertai beberapa bentuk faedah kepada kumpulan yang terjejas untuk mengurangkan kesusuhan yang dikaitkan denga harga lebih tinggi.

Di Indonesia, program pemindahan tunai sementara sebagai permulaan untuk menyediakan bantuan kepada kira-kira 19 juta keluarga miskin pada 2005 selepas harga petroleum berganda, katanya.

-- BERNAMA