Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Soros Bawa Agenda Masyarakat Terbuka Alasan Campur Tangan

JUTAWAN Yahudi, George Soros, banyak dikaitkan dengan idea membentuk masyarakat terbuka atau open society. Dilahirkan pada 12 Ogos 1930 di Budapest, Hungary, dalam keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Yahudi, beliau, bagaimanapun adalah seorang ateis seperti didakwa Calvina Fay dari Yayasan Bebas Dadah Amerika Syarikat.

Nama Soros mula terkenal di rantau Asia apabila berlakunya krisis mata wang Asia pada 1997-1998. Beliau kemudian diberi gelaran sebagai 'penyangak mata wang' kerana bertanggungjawab menjalankan aktiviti spekulasi mata wang sehingga menyebabkan berlakunya krisis mata wang di beberapa negara Asia, termasuk Malaysia.

Soros mengaut keuntungan besar melalui aktiviti spekulasi mata wang. Pada 2007, syarikat Quantum Fund milik Soros menerima pendapatan bersih AS$2.9 bilion. Majalah Forbes (2008) meletakkannya dalam senarai 100 individu terkaya di dunia. Kewangan England juga pernah terkena kesan buruk daripada aktiviti Soros.

 

Peristiwa Black Wednesday

Beliau bertanggungjawab dalam peristiwa Black Wednesday pada 16 September 2002 yang menggemparkan dunia apabila Soros bertindak menjual mata wang pound sterling dalam jumlah cukup besar dilaporkan kira-kira AS$10 bilion (RM42 bilion) menyebabkan Bank of England berada dalam keadaan tenat.

Susulan daripada itu, beliau digelar 'orang yang memufliskan Bank of England.' Soros yang rakus dengan wang menganggap aktiviti spekulasi mata wang sebagai satu kebijaksanaan dalam menguasai ekonomi.

Ini selari dengan semangat kaum Zionis Yahudi yang percaya wang adalah alat utama untuk menentukan kelangsungan hidup mereka. Mereka juga menganggap wang adalah alat untuk meraih kuasa.

Justeru, tidak hairanlah apabila anggota keluarga jutawan Yahudi, Rothschild, menyebut: "Beri saya kekuatan untuk mengawal wang dan negara, maka saya tidak peduli siapa yang akan mengatur hukum (undang-undang)."

Selain aktif dalam aktiviti kewangan, Soros juga memperjuangkan idea mengenai masyarakat terbuka. Sebagai tokoh yang berpegang kepada falsafah 'keupayaan diri', Soros berusaha kuat bagi menjayakan cita-citanya itu. Ini dilakukannya melalui Open Society Institute (OSI) yang ditubuhkannya pada 1984.

 

Fahaman demorasi liberal

OSI bertujuan mempromosi fahaman demokrasi liberal atau lebih dikenali sebagai masyarakat madani. Beliau bersifat dermawan dalam membantu badan yang memperjuangkan demokrasi dan hak asasi.

Namun, tokoh Yahudi itu mempunyai agenda untuk mengangkat dan menobatkan pemimpin politik yang sedia mengikut telunjuknya.

Melalui OSI dan Soros Foundation, beliau melaksanakan program penyebaran demokrasi di negara berfahaman kiri seperti di Eropah Timur, Eropah Tengah dan Soviet Union.

Manakala di negara yang sudah mengamalkan sistem demokrasi, Soros terus membantu ahli politik yang mahu menegakkan idea mengenai civil society supaya masyarakat itu menjadi masyarakat yang lebih terbuka serta menerima nilai liberalisme.

Soros menyalurkan sejumlah besar wang kepada mana-mana organisasi, termasuk media yang bersedia memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai masyarakat terbuka.

Contohnya, Soros bersama rakan karibnya, Peter Lewis pernah menyalurkan dana AS$10 juta (RM42 juta) kepada organisasi American Coming Together dan sejumlah wang kepada laman sesawang MoveOn.org untuk tujuan sama.

Soros juga pernah terbabit dalam aktiviti politik di Georgia dan Ukraine untuk menyokong tokoh politik yang bersedia mengikut telunjuknya. Soros sebenarnya terpengaruh dengan ahli falsafah Yahudi Perancis, Henri Bergson yang memperjuangkan Open Society pada 1932. Konsep ini dikembangkan lagi oleh ahli falsafah British, Karl Popper yang menyatakan bahawa masyarakat terbuka akan wujud apabila individu memilih keputusan peribadinya sendiri berbanding keputusan yang dibuat oleh masyarakat secara kolektif.

Justeru, tidak hairanlah dalam kerangka masyarakat terbuka seperti ini perjuangan seks bebas dan LGBT menjadi sebahagian agenda penting mereka.

Malah, laporan AIM (Accuracy in Media) pernah menyebut bahawa sebahagian daripada kekayaan Soros sudah disalurkan kepada kumpulan pejuang hak pengguguran bayi, hak gay (homoseksual), kebebasan menggunakan dadah haram secara sah di sisi undang-undang, hak mengundi bagi penjenayah, perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit (euthanasia) dan hak untuk imigran serta aktiviti pelacuran. Hak seks individu menjadi projek penting yang diperjuangkan oleh OSI.

 

Salur dana besar

Kesimpulannya, campur tangan Soros dalam politik sesebuah negara adalah realiti yang tidak boleh dinafikan. Ia dilakukan melalui perjuangannya menegakkan masyarakat terbuka dalam kerangka fahaman liberalisme. Soros sanggup menyalurkan dana yang besar kepada organisasi yang memperjuangkan hak asasi manusia walaupun ia bercanggah dengan nilai kehidupan beragama dan etika masyarakat.

Baginya demonstrasi jalanan bertujuan menggulingkan kerajaan yang dituduh rasuah dan menyekat hak asasi manusia mesti disokong dan disalurkan bantuan dana supaya kumpulan terbabit dapat menggerakkan aktiviti, termasuk menyokong mana-mana pihak atau media yang memperjuangkan idea masyarakat terbuka.

_____________________________________________________________

Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia