Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Era Negara Palestine Berakhir Jika Trump Kota Janji

Apa yang perlu diberi perhatian terutamanya oleh umat Islam sejagat sekarang ialah bagaimana sikap Donal Trump untuk mengatasi beberapa isu kritikal antarabangsa.  Antaranya isu mengenai pembentukan negara Palestine. Apakah idea untuk mendirikannegara Palestine akan berakhir dan berkubur dengan terpilihnya Trump sebagai Presiden AS?

Dunia tahu bahawa ketika berkempen, Trump mengakui bahawa Jerusalem (Baitul Maqadis) akan dijadikan ibu kota Israel jika beliau terpilih menjadi presiden. Selepas beliau diisytihar menang, Menteri Kehakiman Israel,  Ayelet Shaked menyeru agar Trump memenuhi janjinya, iaitu memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis.

Setakat ini Perdana Menteri Benyamin Netanyahu belum memberi apa-apa kenyataan mengenai usaha memindahkan keduataan AS itu. Yang jelas kepada kita ialah sekiranya Tel Aviv berjaya menjadikan kemenangan Trump untuk menamatkan kewujudan negara Palestine yang merdeka maka ia sangat merbahaya kepada keamanan dunia.

Apakah kata-kata Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennet bahawa era negara Palestine sudah berakhir sebagai kenyakinan beliau bahawa Trump akan mengotakan kata-katanya? Bagaimanapun, dalam masa yang sama Bennet  membayangkan bahawa pengakhiran kewujudan negara Palestine di tengah kewududan negara Israel tetap  membahayakan keamanan mereka.

Israel dijangka menerima tentangan pejuang Palestine

Pada hemat penulis, maksud tersirat yang dapat kita faham dari kenyataan Bennet itu ialah Israel akan terus menerima tentangan dan ancaman dari pejuang-pejuang Palestine dan dunia Islam dalam menuntut kembali negara Palestine. Sejak pengguasaan Zioniss Israel ke atas Pelestine, status Baitul Maqdis telah menjadi antara isu yang sangat sukar dalam penyelesaian konflik Palestine.

Israel melihat Jerusalem sebagai kota suci yang mesti dikuasi sepenuhnya. Manakala, rakyat Palestine pula melihat Jerusalem Timur sebagai ibu kota untuk negeri Palestine yang akan dibentuk. 

Ada beberapa kesan yang akan timbul sekiranya rancangan Zionis Israel untuk mengahapuskan terus Palestine menjadi kenyataan. Pertama, rantau Asia Barat akan terus bergolak berkait dengan isu Palestine. Kedua, perjuangan membebaskan bumi Palestine akan menjadi lebih besemarak. Ketiga, hubungan AS dan dunia Islam kemungkinan akan menjadi lebih tegang sepanjang Trump mengemudi AS. Keempat, aktiviti keganasan dari kumpulan radikal-militan akan terus aktif  dalam gerakan mereka menentang AS dan sekutunya.

Jika kita bandingkan pendirian Trump terhadap Korea Utara – isu senjata neuklear - yang selama ini menimbulkan ketengangan Pyonyang dengan Washington, Trump agak lunak untuk mencari penyelesaian dengan rejim itu. Kesediaan Trump untuk berbincang dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dalam usaha menghentikan program nuklear Pyongyang dilihat dapat membebaskan kebimbangan rakyat AS dari serangan nuklear rejim itu.

Sebaliknya, idea atau cadangan calon presiden Demokrat, Hillary Clinton untuk melaksanakan sekatan ke atas rejim itu dalam menyelesaikan isu senjata nuklear di semenanjung Korea dilihat sebagai tindakan tidak bijak. Trump turut mengharapkan China akan membantu menyelesaikan masalah itu.

Selain itu, seperti yang pernah dilaporkan oleh Reuters bahawa cadangan Trump supaya AS mengundurkan tentera dari Korea adalah cara mencapai penyatuan Korea. Justeru,  pemilihan Trump sebagai Presiden AS dilihat akan memberikan kesan  positif terhadap hubungan ‘White House’ dengan pemerintah di Pyongyang. Sebelum ini, Trump mengatakan bahawa beliau bersedia untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara. – BH Interaktif 14/11/2016

___________________________________________________________

Penulis ialah PenganalisisMmedia di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia .