Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Malaysia Komited Pertahan Piagam ASEAN

Himpunan solidariti Rohingya yang diadakan di Stadium Titiwangsa kelmarin  bertujuan memberi mesej kepada rejim Myanmar bahawa Malaysia membantah penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya.  Himpunan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang itu dibuat atas nama ummah dan rakyat Malaysia. Kehadiran kedua-dua pemimpin politik Melayu-Islam berlainan fahaman politik itu adalah bukti bahawa kita boleh mngetepikan perbezaan politk demi kepentingan ummah dan kemanusia sejagat. Najib dalam ucapannya menyebut bahawa ia adalah soal ummah, bukan soal politik dan menjadi sebahagian ‘maqasid syariah’ yang wajib dilakukan.

Tindakan kejam secara melampau oleh rejim Nyanmar terhadap etnik itu bertujuan menghapuskan etnik tersebut, seperti pernah berlaku ke atas masyarakat Islam di Bosnia Hazegorvina. Perbuatan itu tidak bertamaduan  dan jelas melanggar Piagam ASEAN yang mendokong hak asasi manusia. Malaysia mengingatkan negara itu mengenai hak asasi manusia seperti ynag ditekankan dalam Piagam ASEAN. Justeru, tidak wajar Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay memberi peringatan kepada Malaysia supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal negara itu.

Sikap yang sama juga tidak harus ditunjukkan oleh  Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi yang enggan bertemu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bagi membincangkan isu Rohingya. Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan (nobel prize) tidak sepatutnya bersikap ego dalam isu kemanusiaan ini. Justeru, wajar kita mempersoalkan anugerah nobel keamanan yang diterimanya. Seperti dipersoalkan Najb, “Apa makna community of nation dan apa makna nobel prize sekiranya hal berkaitan hak asasi etnik Rohingya tidak mereka pedulikan?”

Kita juga rasa pelik apabila sekumpulan Sami Buddha turut membuat bantahan terhadap Najib di luar Kedutaan Malaysia di Myanmar kerana pendirian Kuala Lumpur mengenai isu Rohingya. Sebagai agamawan yang memahami ajaran Buddha yang sangat menekankan hak kehidupan benda bernyawa, mereka sepatutnya mengingatkan kerajaan mereka agar menghormati hak asasi manusia.

Gesa Indonesia bantah

Malangnya, apa yang berlaku golongan sami Buddha turut bersekongkol dengan tentara Nyamar dalam tindakan pembersihan etnik Rohingya. Suara  Malaysia sahaja tidak memadai dalam memperjuangkan isu Rohingya. Justeru, Najib harus menggesa presiden Indonesia Joko Widodo bersama rakyatnya  menyuarakan bantahan terhadap Myanmar.Sekiranya, rejim itu tidak langsung mempedulikannya, maka wajar Malaysia dan Indonesia mempertimbangkan langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar. Anggaplah itu sebagai jihad politik.

Lebih jauh dari itu, isu Ronghinya yang sudah lama menuntut campur tangan antarabangsa, terutamanya  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan   Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Badan dunia terbabit mesti mengambil tindakan tegas bagi menyelamatkan orang Islam Rohingya.  Bukankah piagam PBB dan OIC turut memperjuangan hak asasi manusia? Benar apa yang disebutkan Hadi bahawa masyarakat antarabangsa jangan hanya tahu menghormati hak haiwan liar sehingga lupa bahawa hak asasi manusia itu jauh  lebih penting.

Isu Rohingya adalah isu berkaitan hak asasi manusia. Etnik terbabit dizalimi oleh rejim Nyanmar dengan melakukan  tindakan pembersihan etnik. Justeru, PBB dan ASEAN perlu camputangan kerana tindakan Nyanmar itu memberi beban kepada  negara jiran dalam ASEAN. – BH 6/12/2016

Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia.