Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Globalisasai Tuntut Rakyat Persiap Diri Dengan Ilmu Pengetahuan

Abad ke-21 dikenali sebagai ‘knowledge age’ yang angat menekankan kepentingan maklumat, kreativiti dan inovasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat penting penting dalam era ‘knowledge age’ ini. Perkembangan pesat ICT menjadikan dunia sebagi suatu pentas kecil yang mudah terjangkau dalam waktu yang singkat. Istilah penting yang dikaitkan dengan abad ini ialah globalisasi dan liberalisasi. Istilah-istilah tersebut lebih cenderung dikaitkan dengan bidang ekonomi tanpa menafikan kesannya kepada politik dan sosial.

Globalisasi yang dikaitkan dengan ‘dasar langit terbuka’ menjadikan dunia ini seolah-olah dunia tanpa sempadan atau desa sejagat. Bentuk ekonomi era globalisasai ini adalah berasaskan ‘knowledge base’ atau k-ekonomi. Persaingan menjadi cabaran utama dalam sistem ekonomi yang berasaskan k-ekonomi ini. 

Antara cabaran kritikal dalam persaingan ekonomi global hari ini ialah cabaran untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.

Pendidikan penting lahir rakyat berpendidikan

Dalam konteks ini, sektor pendidikan adalah sektor penting untuk melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi. Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat: A Brief History of the Twenty-First Century menyatakan bahawa pendidikan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Spektrum ilmu yang diberikan kepada pelajar tidak sepatutnya menjurus kepada ilmu pengetahuan semata-mata tetapi mesti juga merangkumi sesuatu kemahiran serta nilai tambah yang lain seperti kemahiran berkomunikasi. Ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai tambah tersebut mampu menjadikan mereka modal insan yang berkualiti tinggi dan menjadikan mereka mampu bersaing di pentas global.

Masyarakat saintifik dan progresif, menguasai perkembangan ICT, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan. Mana-mana negara yang berupaya membentuk masyarakatnya menguasai teknologi maklumat dan mempunyai kemudahan jaringan ICT yang meluas akan dianggap mempunyai kelebihan, terutama dalam menguasai k-ekonomi yang sangat menekankan pengguasaan maklumat dan ‘globally networked’.

Hakikatnya, dalam dunia hari ini kita tidak boleh ketinggalan dalam persaingan global. Justeru, masyarakat kita harus terus didorong untuk belajar dan belajar sebagaimana yang pernah disebut oleh Alvin Toffler, penulis terkenal yang menyatakan pendidikan hari ini mestilah berupaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal.

Lahir modal insan cemerlang

Penulis melihat pembelajara berasaskan penggunaan teknologi maklumat secara meluas (pembelajaran digital) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mampu melahirkan modal insan yang cemerlang kerana kaedah pembelajaran itu mampu menjana daya kognitif dan kemahiran psikomotor pelajar dari pelbagai aspek.

Apa pun, dalam berhadapan dengan cabaran globalisasi rakyat Malaysia harus didorong mempersiap diri dengan menguasai pelbagai ilmu pengatuan.

Justeru, pembelajaran sepanjang hayat mesti digalakkan suapaya kita dapat mencapai hasrat itu. Report Of The International Commission On Education ForThe Twenty First Century (UNESCO) menyatakan bahawa pendidikan yang berterusan sepanjang hayat harus berasaskan empat tonggak, iaitu ’belajar untuk mengetahui’ (learning to know), ‘ belajar untuk buat ‘ (learning to do), ‘belajar untuk hidup bersama’ (learning to live together) dan ’belajar untuk menjadi’ (learning to be). - BH 22/2/2017
_________________________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbuitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia.