Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pyongyang Harus Hormati Kedaulatan Malaysia

Kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara untuk membuat keputusan tentang perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan politik. Menurut John Bodin (1530-1596), ahli ahli falsafah pertama yang membincangkan tentang kedaulatan menyebut bahawa tiada sesiapa pun yang harus melanggar kedaulatan sebuah negara. Kedaulatan sesebuah negara itu mesti diterima dan dihormati oleh semua pihak. Ia tidak boleh dipersoal atau dipertikai kerana menegakkan kedaulatan merupakan hak dan prinsip yang mesti dipegang oleh sesebuah negara.

Soal kedaulatan negara juga mempunyai pertalian atau kaitan langsung dengan aspek keselamatan negara. Maknannya apabila negara lain menganggu gugat kedaulatan sesebuah negara lain maka ia sebenarnya telah mengancam keselamatan negara terbabit. Selain itu, kedaulatan negara turut dikaitkan dengan konsep ketinggian perlembagaan dan undang-undang sesebuah negara itu. Kerajaan dalam menegakkan keadilan dan hukum akan memastikan undang-undang dan tindakan kerajaan sah di sisi perlembagaan. 

Tegak keadilan secara bebas tanpa konkongan luar

Jika berlaku apa-apa perlanggaran undang-undang, termasuk kejadian jenayah dalam sesebuah negara itu walaupun ia membabitkan rakyat luar, maka menjadi hak negara itu untuk menyiasat dan menegakkan keadilan secara bebas tanpa kongkongan luar.

Justeru, dalam kes kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang berlaku dalam wilayah kedaulatan Malaysia, iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2), maka Malaysia berhak menjalankan siasatan kematian berprofile tinggi itu. Kerajaan Korea Utara harus menghormati prinsip ini dan tidak wajar baginya mempertikai siasatan itu.

Pyongyang tidak wajar menimbulkan keraguan bahawa mungkin ada tangan lain di sebalik siasatan itu. Tohmahan yang dibuat oleh Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol tidak itu berasas dan ia merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia. Dalam konteks inilah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa Malaysia bukan alat mana-mana negara dan negara tidak boleh dipaksa atau dibuli dalam apa-apa bentuk tindakan yang dianggap sebagai tidak wajar.

Malah, Najib menegaskan bahawa Malaysia akan berdiri teguh berpandukan kepada prinsip undang-undang untuk mengetahui kebenaran kerana jenayah itu dilakukan di Malaysia.

Siasatan secara professional

Segala prosedur siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat secara professional serta mengikut peraturan antarabangsa, Justeru, tidak wajar Pyongyang menuduh berlakunya pelanggaran hak asasi manusia.Seperti yang ditegaskan Najib bahawa siasatan terhadap kes pembunuhan itu dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Polis dan doktor negara ini bersikap professional dan objektif dalam menjalankan tugas mereka.

Pyonyang harus belajar menghormati usaha pihak berkuasa negara ini menjalankan siasatan kes pembunuhan itu. Negara itu harus menghormati proses perundangan Malaysia dan menyakini keupayaan, kemampuan serta ketelusan siasatan PDRM terhadap kes pembunuhan berprofile tinggi itu.

Pyonyang harus terus menjalin hubungan diplomatik dengan negara ini secara baik tanpa parasangka buruk. Lebih utama lagi Pyongyang tahu menghargai dan menghormati kedaulatan Malaysia.- BH 28/2/2017

______________________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media, Jabatan Penerangan Malaysia.