Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

PROGRAM RUMAH MAMPU MILIK

1. Apakah konsep binaan Rumah Mampu Milik yang dibangunkan oleh SPNB?
Rumah-rumah yang di bina oleh SPNB adalah rumah kediaman tiga bilik tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa dan dijual pada kadar harga serendah RM35,000 mengikut negeri.
2. Apakah definisi untuk rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah dan Sederhana mengikut tafsiran SPNB?
Definisi untuk rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah dan Sederhana mengikut tafsiran SPNB adalah seperti jadual dibawah:
No. Jenis-jenis Rumah Keluasan Lantai* Harga (Semenanjung)**
Harga
(Sabah & S'wak)**
1 Kos rendah 700 kps Dari RM 35,000 Dari RM 50,000
2 Kos sederhana rendah 750 kps Dari RM 50,000 Dari RM 70,000
3 Kos sederhana dan ke atas 800 kps Dari RM 80,000 Dari RM 100,000
*  Tertakluk kepada pindaan
** Tertakluk kepada terma dan syarat
3. Bagaimanakah untuk memiliki / membeli mana-mana Rumah Mampu Milik yang dimajukan oleh SPNB?
  • Rumah-rumah di bawah Skim RMM adalah terbuka kepada semua kecuali bagi Rumah Kos Rendah dan bagi mana-mana pembelian rumah yang tertakluk kepada syarat-syarat Kerajaan Negeri.
  • Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik – Kos Rendah, pembeli haruslah berdaftar dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan Kos Rendah) atau datang terus ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.
  • Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik - Kos Sederhana Rendah, terdapat beberapa buah negeri yang menentukan syarat-syarat tertentu untuk memilikinya.
  • Manakala, lain-lain jenis rumah, rumah kedai atau kedai boleh dibeli terus melalui SPNB.
4. Apakah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Mampu Milik - Kos Rendah dengan SUK?
Syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Mampu Milik - Kos Rendah yang dimajukan oleh SPNB adalah tertakluk kepada SUK negeri masing-masing. Sila rujuk ke SUK negeri di mana projek itu dimajukan.
SPNB menggunapakai kelayakan yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri dan menggariskan tiga (3) syarat penting yang harus dipenuhi oleh para pembeli Rumah Kos Rendah iaitu:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur 21 hingga 50 tahun.
  • Tidak memiliki rumah atau tidak memiliki sebarang tanah yang boleh didirikan rumah di mana- mana tempat di Malaysia.
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2000.