Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pengkomposan Sisa Makanan



Apakah itu pengkomposan?

• Pengkomposan ialah proses pereputan atau penguraian bahan organik seperti sisa makanan dan sisa perkarangan rumah yang diuraikan menjadi humus, bahan mirip tanah. Pengkomposan adalah cara semulajadi untuk kitar semula sisa organik menjadi tanah baru yang dapat digunakan untuk penanaman bunga atau sayur, landskap dan banyak lagi.


Apakah bahan yang boleh digunakan untuk pengkomposan?

• Kebanyakkan sisa perkarangan rumah seperti daun, rumput, batang pokok, ranting, dahan dan lalang boleh digunakan. Sisa-sisa lain yang juga boleh digunakan adalah sisa makanan seperti kulit buah, sayur, serbuk kopi, roti yang sudah rosak dan kulit telur.



Apakah proses pengkomposan?
• Pengkomposan yang melalui proses aerobik, melibatkan penguraian secara biologikal dengan penggunaan mikrob dalam keadaan kehadiran oksigen. Hasil utama proses biologikal ini adalah gas karbon dioksida dan haba. Pembajaan melalui proses anaerobik belaku tanpa kehadiran oksigen. Hasil utama proses secara anaerobik adalah metana, karbon dioksida, asid-asid organik dan alkohol. Antara 2 proses ini, proses anaerobik lebih efisien.



Apakah faedah yang diperolehi daripada pengkomposan?

• Memusnahkan biji lalang dan patogen pembawa penyakit
• Mengurangkan bau semasa operasi penaburan baja
• Mengurangkan jumlah baja yang digunakan
• Menghasilkan tanah yang berkualiti dengan bahan organik yang lebih stabil
• Melambatkan pelepasan nutrien (nitrogen) adalah berfaedah kepada tanaman dan mikrob tanah.



Apakah faedah pengkomposan kepada tanah?
• Pengkomposan mengandungi sumber organik yang mempunyai abiliti yang unik untuk memperbaiki tahap kimia, biologi dan fizikal sumber tanah. Faedah yang lain adalah seperti berikut :
• Boleh memperbaiki susunan tanah
• Mengurangkan kepadatan dan kemampatan tanah
• Membekalkan nutrisi makro dan mikro
• Meningkatkan pengudaraan dan kemampuan takungan air
• Menghalang penyakit dari tanah
• Mengurangkan hakisan tanah dan kehilangan nutrisi
• Menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah kepada tanah



Apakah isi dari rumah yang boleh melalui proses pembajaan?
• Roti, serbuk kopi, kulit telur, daun, kayu, ranting dan lain – lain boleh dilakukan pembajaan.



Apakah isi rumah yang tidak boleh dilakukan pembajaan?

• Tulang, sisa haiwan, produk tenusu, pokok – pokok yang berpenyakit, lemak khinzir, minyak semuanya tidak boleh melalui proses pembajaan.

Sumber: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam