Rabu 23 January 2019
A- A A+

Pahang

Pahang Darul Makmur

pahangB



Bendera Negeri Pahang adalah mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.


Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.



Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.

Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

pahangL
Mata tombak itu ialah contoh mata tombak besar, iaitu "cogan" salah satu dari Alat Kebesaran Negeri yang utama, tanda kekuasaan seperti Cokmar.Jika diperhatikan, bentuk cogan itu adalah ganjil. Sebagai mata tombak, lebar matanya tiada padan dengan panjangnya.

Ini ialah kerana hendak menyerupakan bentuknya dengan bentuk daun kopi. Menurut riwayat tua, Almarhum Sultan Ahmad yang telah beberapa kali membuat percubaan untuk mendapatkan takhtar Pahang, telah menganggap kejayaan akhir Baginda oleh suatu peristiwa berhubung dengan cawan kopi yang dihidangkan kepada Baginda tatkala sedang menyusun perjuangan di Terengganu untuk melanggar Pahang bagi kali yang akhir.

Gading gajah itu maknanya kekuasaan Raja. Dalam sejarah Melayu, gajah ada hubungan rapat dengan raja-raja Melayu dan istiadat di raja iaitu digunakan sebagai kenderaan di raja.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking