Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Undang-undang dan Peraturan Pilihan Raya

Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya bejalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Perlembagaan Negeri
  • Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
  • Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981
  • Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002
  • Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.