Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Senario Masalah Premis Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) Di Perak Dan Selangor

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi membuat kenyataan menyatakan, kira-kira 13 000 murid tadika di negeri Perak mungkin terjejas  pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu. Manakala di Selangor berdasarkan isu yang sama KEMAS Selangor melaporkan kerajaan negeri telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih 17 premis taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di seluruh negeri itu sejak Jun lepas. PBT juga dikatakan telah mengeluarkan notis kepada pengurus tabika KEMAS berkenaan agar menyerahkan kunci dan urusan pentadbiran dalam temapoh 14 hari daripada notis yang diberikan.

Sekiranya terdapat sebarang prubahan baru bakal dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri adalah lebih baik sekiranya berbincang sebelum nekad megambil keputusan yang akan merugikan banyak pihak.

Sumber Maklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia
Januari 2009