Kedatangan pelabur asing ke negara ini menarik perhatian media asing untuk menyiarkan perkembangn terkini ekonomi Malaysia.
The Associated Press, “Malaysia Central Bank Reduces Interest Rate”18 November 2008 melaporkan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar faedah menerusi Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada 3.5% kepada 3.25% bertujuan mengurangkan bebanan pengguna dan syarikat perniagaan yang membuat pinjaman.
Langkah ini membantu menggalakkan aktiviti ekonomi menerusi perbelanjaan penggunaan dan pelaburan oleh pengguna dan industri. pada tahun 2009, Malaysia dijangka mampu capai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 3.5%.
Sumber Maklumat:
Buletin Isu-Isu Semasa Dan Media Tempatan Dan Asing
Kementrian Penerangan Malaysia