KUALA LUMPUR: Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, yang baru, menggantikan Datuk Hussin Ismail yang bersara.
Khalid, 54, yang juga bekas Ketua Polis Selangor memegang jawatan itu berkuat kuasa esok, menggantikan Hussin yang memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sejak September 2010.
Pelantikan Khalid itu disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara di Bukit Aman, sebentar tadi.
Sumber : Berita Harian, 14 April 2011