Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Faktor Produk dan Perkhidmatan Buatan Tempatan Sukar Berkembang

Produk dan perkhidmatan buatan tempatan sukar berkembang di Malaysia! Antara faktornya ialah kerana pusat membeli-belah utama kurang memberi ruang kepada usahawan-usahawan itu.

Pengerusi Eksekutif Leesa Formula Sdn. Bhd. (Leesa Formula), Zulkefli Muhamad Ali berkata selan itu usahawan-usahawan tidak mampu memiliki lot perniagaan dan tidak berpeluang memasarkan produk mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pelancong asing dan rakyat tempatan berbelanja

Katanya, kebanyakan pusat membeli-belah lebih mengutamakan penjualan rangkaian luas produk dan jenama asing meskipun sesetengah kurang dikenali apabila dibandingkan dengan produk tempatan. Zulkefli berkata, pihaknya telah terlibat dalam perniagaan hampir 10 tahun dan mendapati masalah itu menjadi kekangan utama kepada usahawan terutamanya bumiputera.

Zulkefli kini mengendalikan perniagaan produk kecantikan berasaskan herba, spa dan busana muslimah melalui syarikat yang ditubuhkan bersama-sama isterinya termasuk mempunyai cawangan di Pusat Membeli Belah Terkemuka Pavillion di Kuala Lumpur.

produk

 

Cadangan

Zulkifli mencadangkan kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) turut berperanan dengan mendirikan pusat membeli- belah di kawasan tumpuan pelancong dan disewakan khas kepada usahawan tempatan bagi memasarkan produk masing-masing. Katanya, terdapat sebuah pusat membeli-belah popular di Lembah Klang pernah menyuruh beliau kembali ke pusat itu untuk mengambil semula kertas cadangan memohon mendapatkan lot perniagaan di situ.

Menurutnya, Kerajaan perlu masuk campur jika keadaan itu mungkin mempunyai unsur-unsur perkauman. Beliau mengharapkan pusat membeli-belah memberi kepercayaan kepada jenama tempatan jika mendapati rekod perniagaan dan berpotensi untuk berkembang kerana lokasi perniagaan mampu memberi impak sesuatu pendapatan perniagaan.

Contohnya pendapatan butik beliau di Pavilion, agak tinggi melebihi 20 peratus berbanding butik di lokasi lain. Ini disebabkan pusat itu merupakan lokasi tumpuan termasuk pelancong tempatan dan asing. Beliau mengharapkan untuk membuka lebih banyak perniagaannya di pusat membeli belah kerana keuntungan dapat digandakan.

Pada masa sama, tegasnya, usahawan tempatan terutama sekali bumiputera harus membuka mata untuk menjalankan perniagaan bernilai tinggi tambahan pula dengan adanya kemajuan sistem telekomunikasi ketika ini. Katanya, mereka juga perlu mengetahui dengan terperinci latar belakang sesuatu perniagaan yang ingin diceburi dan peluangnya pada masa hadapan selain menerapkan pengurusan perniagaan yang bersistematik. Selain itu, kemahiran dan pengetahuan terhadap penggunaan teknologi terkini penting di dalam perniagaan zaman ini kerana ia boleh menentukan kejayaan sesuatu perniagaan.

Sumber: utusan.com.my
Artikel dimasukkan pada 1 Mac 2011