Selasa 19 March 2019
A- A A+
  • Utama
  • EKONOMI
  • ETP
  • Sembilan Projek Baru ETP Bernilai RM2.77 Bilion Diumumkan

Sembilan Projek Baru ETP Bernilai RM2.77 Bilion Diumumkan

Sembilan lagi inisiatif projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan bernilai RM2.77 bilion, yang akan menjana pendapatan negara kasar (PNK) RM18.67 bilion dan mewujudkan 36,595 peluang kerja baru diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 UJun 2011.

Ini menjadikan secara keseluruhan projek di bawah ETP sejak dilancarkan Oktober tahun lalu kepada 87, termasuk enam projek yang diumumkan pada laporan perkembangan terakhir program itu 19 April lalu.

Secara keseluruhan, 87 projek itu membabitkan pelaburan RM170.28 bilion yang mampu menjana PNK bernilai RM220.15 bilion dan mewujudkan 362,396 peluang kerja baru.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama lalu, adalah jelas ekonomi Malaysia berada pada landasan tepat dan stabil.

etpbaru

Senarai Sembilan Projek

1) Rancangan pembangunan bandar pendidikan perubatan bersepadu bernilai RM850 juta oleh Kumpulan UCSI di atas kawasan seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson.

2) Konsortium lapan pembekal latihan pusat jagaan dan didikan awal kanak-kanak (ECCE) diterajui Kumpulan Pendidikan SEGi pula melabur kira-kira RM1.2 bilion untuk membina pusat latihan ECCE di kawasan ‘Greater Kuala Lumpur’ serta pusat berkaitan di seluruh negara.

3) Kumpulan Perubatan Sime Darby akan membina Sime Darby Medical Centre Ara Damansara bernilai RM240 juta.

4) Kumpula Perubatan Sime Darby turut akan membina serta Sime Darby Medical Centre Desa ParkCity yang bernilai RM40 juta.

5) JEFI Aquatech Resources Sdn Bhd melabur RM575 juta untuk menerajui satu inisiatif bagi membangunkan Malaysia sebagai pengeluar udang terbesar bagi pasaran global dan halal dengan membangunkan usahawan tani di kawasan luar bandar.

6) Yanming Resources Sdn Bhd melabur RM5 juta bagi menambah keupayaan pengeluaran sarang burung untuk dimakan dengan meningkatkan usaha penggunaan jentera dalam barisan pemprosesannya daripada 10 peratus sekarang kepada 60 peratus.

7) Firma tempatan, VADS Bhd memeterai perjanjian kerjasama dengan gergasi teknologi maklumat global, Cisco untuk membina Infrastruktur Pertukaran ‘TelePresence’ yang pertama di Malaysia, bernilai RM11.3 juta bagi menawarkan perkhidmatan ‘TelePresence’ Terurus kepada sektor swasta dan dan awam di dalam negara dan serantau.

8) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menerajui inisiatif dibiayai kerajaan bagi merangsang jualan peralatan kecekapan tenaga bernilai RM50.2 juta tahun ini untuk menambah baik kecekapan penggunaan tenaga di negara ini.

9) Kementerian Pelancongan akan memperkenalkan 1Malaysia Jualan Bersepadu buat kali pertama mulai 15 Jun ini hingga 31 Ogos 2011 dengan menyatukan jualan murah terbesar tiga kali setahun kepada satu jualan besar diselaraskan.

Sumber: Berita Harian

Artikel dimasukkan pada 14 Jun 2011

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking