Selasa 19 March 2019
A- A A+
  • Utama
  • EKONOMI
  • ETP
  • Satu Lagi Teras Utama ETP Diperkenalkan

Satu Lagi Teras Utama ETP Diperkenalkan

Kerajaan mengumumkan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) sebagai satu lagi teras utama Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa serta memastikan kesejahteraan hidup rakyat makin terjamin.

Inisiatif berkenaan akan memacu Malaysia ke arah meningkatkan pendapatan negara, memperbanyak peluang pelaburan swasta, mentransformasi tempat dan tenaga kerja di Malaysia untuk ekonomi berpendapatan tinggi, menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan awam berkualiti tinggi serta memperbaiki standard kehidupan rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa.

Enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI)

1) Kewangan Awam

  • Datuk Seri Najib Razak sendiri menerajui SRI ini yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
  • Rasionalisasi insentif cukai korporat
  • Meningkatkan asa cukai
  • Kawalan perbelanjaan
  • Permerolehan telus
  • Perakaunan terakru

2) Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

  • Diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
  • Membentuk peranan Kerajaan
  • Rancangan pengurusan
  • Pegangan dalam GLC
  • Tadbir urus syarikat milik negara

3) Pembangunan Modal Insan

  • Diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam
  • Pemodenan undang-undang buruh
  • Gaji minimum
  • Jaringan keselamatan pekerja
  • Analisis pasaran tenaga kerja
  • Memanfaatkan tenaga kerja wanita
  • Mengukuhkan pengurusan sumber manusia
  • Naik taraf kemahiran pekerja

4) Penyampaian Perkhidmatan Awam

  • Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan
  • Kerajaan sebagai pemudah cara
  • Perkhidmatan awam berprestasi tinggi

5) Standard Antarabangsa dan Liberalisasi

  • Diterajui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
  • Liberalisasi perkhidmatan
  • Standard
  • Akta persaingan 2010

6) Merapatkan Jurang Ketidaksamaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera

  • Diterajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
  • Menaik taraf isi rumah berpendapatan rendah
  • PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi (HPBS)

Menerusi enam SRI terperinci itu, Perdana Menteri berkata, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap dan kerajaan akan meneruskan tumpuan kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi, diiringi pembaharuan dasar yang membolehkan Malaysia bersaing lebih kukuh serta mantap dalam persada antarabangsa.

Malah, petunjuk prestasi utama (KPI) beliau dan menteri lain berkaitan sudah diselaraskan bersesuaian SRI berlandaskan penyampaian serta jangka masa jelas, di mana mereka komited untuk melaksanakan pembaharuan berkenaan.

Enam SRI itu merangkumi semua 51 langkah dasar diketengahkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Bahagian Akhir Model Baru Ekonomi (MBE) yang saya terima pada Disember tahun 2010.

Sumber: Berita Harian

Artikel dimasukkan pada 6 Julai 2011

 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking