Selasa 19 March 2019
A- A A+
  • Utama
  • EKONOMI
  • ETP
  • PM Umum 10 EPP Dijangka Tingkat Pendapatan Negara Kasar RM3.6 bilion

PM Umum 10 EPP Dijangka Tingkat Pendapatan Negara Kasar RM3.6 bilion

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) hari ini mengenal pasti 10 Projek Permulaan (EPP) khusus bagi meningkatkan sektor bioteknologi negara yang bakal melahirkan 20 projek pencetus yang mampu meningkatkan pendapatan negara kasar RM3.6 bilion, di samping mewujudkan 13,600 peluang pekerjaan baru berkualiti tinggi.

Pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ketika ini pencapaian sektor bioteknologi negara sangat menggalakkan.


Beliau memberi contoh mengenai pelaksanaan fasa 2 dasar bioteknologi negara bagi tempoh antara 2011 dan 2015, yang bertumpu kepada usaha untuk menjadikan industri bioteknologi menjurus kepada bidang perniagaan dan pengkomersilan, yang antara pencapaiannya kini sudah melepasi sasaran.


Katanya, menerusi fasa 2, pelaburan yang diraih industri itu kini menjangkau RM12.7 bilion, jauh melepasi sasaran RM9 bilion pada tahun 2015, manakala dari segi sasaran jumlah 80,000 pekerjaan baharu pada tahun 2015, angkanya kini sudah menjangkau 64,753.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk menukar nama ICM kepada Majlis Bioekonomi Kebangsaan memandangkan istilah Bioekonomi dilihat lebih menyeluruh berbanding Bioteknologi.

Sumber: Bernama, 30 Oktober 2012

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking