Laporan GTP 2012

Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah direka bentuk untuk menjadi sebuah program perubahan yang bercita-cita tinggi dengan sasaran untuk mengubah asasasas penting Kerajaan Malaysia. Pelaksanaan GTP ini sebahagiannya adalah bagi memenuhi permintaan rakyat, yang mahukan lebih banyak daripada pihak Kerajaan, dan sebahagiannya lahir daripada kesedaran bahawa tempoh masa yang ditetapkan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kini semakin hampir.

Dalam pelaksanaan programnya, GTP melakukan segala usaha yang mungkin, mendapatkan maklum balas dan sokongan (buy-in) daripada semua pihak berkepentingan: daripada kakitangan awam hinggalah sektor swasta, dan yang paling penting, daripada rakyat. Keperluan bagi membaik pulih jentera pertumbuhan Kerajaan menjadi semakin jelas selepas rakan serantau mula mendahului dan mendapat kelebihan meskipun dengan kedudukan Malaysia yang semakin meningkat pada tahuntahun awal selepas kemerdekaan. Walaupun usaha oleh Kerajaan telah meningkatkan ekonomi Malaysia dengan nyata, dan menyediakan infrastruktur yang penting kepada rakyat dan komuniti perniagaan, namun pihak Kerajaan merasakan bahawa Malaysia perlu mempertingkatkan jenteranya ke tahap yang lebih pantas sekiranya negara ingin mencapai matlamat pembangunannya yang bercita-cita tinggi. Pada masa yang sama, rakyat juga mahukan perubahan. Melahirkan kebimbangan terhadap isu-isu utama seperti peningkatan kos sara hidup rakyat, rasuah, jenayah dan pendidikan, rakyat menyeru Kerajaan agar melipatgandakan usahanya untuk mempertingkatkan bidang-bidang tersebut. Secara keseluruhannya, GTP merupakan respons yang jelas terhadap semua permintaan ini. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Pentadbiran Kerajaan, di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, terus fokus terhadap pelaksanaan inisiatif di bawah falsafah “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sejak awal lagi, GTP merupakan sebuah program perubahan bertumpukan rakyat yang berusaha untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat. Oleh hal yang demikian, GTP merupakan sebuah program perubahan yang bersifat reaktif, yang turut melangkah sederap ke arah mencapai matlamat menyeluruh Wawasan 2020. Sebagai contoh, tahun 2012 menyaksikan bantahan oleh orang ramai pada pertengahan tahun yang berpunca daripada timbunan kes jenayah yang berprofil tinggi.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mengurangkan Jenayah mengambil tindakan segera untuk menangani punca kes-kes jenayah itu. Ini akhirnya mencetuskan pelancaran kempen Bersama Membanteras Jenayah (United Against Crime, UAC) yang meluas, yang menyaksikan kerjasama yang belum pernah disaksikan sebelum ini antara polis, pengendali pusat beli-belah komersial dan sekolah bagi menyelesaikan isu tersebut. Dalam usaha membasmi rasuah, NKRA Membanteras Rasuah melaporkan bilangan pemberi maklumat tertinggi yang tampil ke hadapan bagi melaporkan kejadian rasuah dalam agensi Kerajaan selepas Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 berkuatkuasa pada tahun lepas. Kedudukan persepsi rasuah antarabangsa Malaysia telah bertambah baik hasil kesan langsung oleh inisiatif ini, yang turut mencerminkan respons secara terus terhadap kebimbangan rakyat mengenai keadaan rasuah di negara ini. Akan tetapi, lebih banyak lagi usaha yang dapat dan perlu dilakukan. Kerajaan, sejak pelaksanaan GTP, telah melaksanakan tahap ketelusan dan akauntabiliti yang belum pernah disaksikan sebelum ini dalam melaksanakan inisiatif GTP, dan Kerajaan komited untuk mengekalkan tahap akauntabiliti ini pada tahun yang seterusnya. Rakyat digalakkan untuk menjadi lebih proaktif dalam menyuarakan kebimbangan dan kritikan mereka mengenai GTP, dengan jaminan bahawa setiap kebimbangan akan diambil tindakan. NKRA: PENGGERAK JENTERA GTP Berikutan perundingan intensif bersama-sama dengan rakyat dan sektor swasta dalam makmal GTP, tujuh bidang keberhasilan utama telah dilahirkan – yang turut dikenali sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA ini membentuk cabang paling penting atau inti pati bagi program GTP dan turut disokong oleh inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). MKRA memberikan tumpuan kepada isu penting yang tidak diambil tindakan oleh NKRA tetapi dianggap penting.

 

Klik di sini untuk pautan laporan penuh GTP 2012

 

 

Cetak