Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA EKONOMI PERTANIAN

Sektor Pertanian telah dikenal pasti sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (National Key Economic Area) (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) (ETP).

NKEA Pertanian akan memberi fokus kepada subsektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar yang dapat membantu Malaysia untuk turut sama menyertai pasaran global yang semakin berkembang.  Dalam masa yang sama juga, tumpuan akan turut diberikan kepada subsektor strategik dalam usaha menjamin bekalan makanan Negara.

Untuk itu, 16 Projek Permulaan (Entry Point Project) (EPP) dan 11 Potensi Perniagaan (Business Opportunities) (BO) telah dikenal pasti yang disasarkan akan memberikan Keseluruhan Pendapatan  Negara (Gross National Income) (GNI) berjumlah RM21.44 bilion dan mewujudkan peluang pekerjaan baru sebanyak 74,600, di mana sebahagian besar daripadanya akan diwujudkan di kawasan luar bandar.

16 EPP yang dikenal pasti adalah seperti berikut: 
1) EPP 1 – Pembangunan Produk Herba Bernilai Tinggi 
2) EPP 2 – Peningkatan Pengeluaran Sarang Burung Walit
3) EPP 3 – Penerokaan Industri Rumpai Laut melalui Konsep
    Ladang Mini di Sabah
4) EPP 4 – Pembangunan Ternakan Dalam Sangkar Secara Bersepadu
5) EPP 5 - Pentenakan Lembu Secara Integrasi di Ladang Kelapa Sawit
6) EPP 6 - Pereplikasian Model (IZAQ) Akuakultur Bersepadu
7) EPP 7 - Pembangunan Keupayaan untuk Penghasilan Buah-buahan
    dan Sayur-sayuran bagi Pasaran Premium
8) EPP 8 - Penubuhan Taman Pemakanan Bersepadu
9) EPP 9 - Pembangunan Varieti Beras Wangi
10) EPP 10 - Pengukuhan Produktiviti Penanaman Padi di
      Kawasan Muda (MADA)
11) EPP 11 - Pengukuhan Produktiviti Penanaman Padi di Lain-lain
      kawasan Pengairan
12) EPP 12 - Pengukuhan Syarikat Penaung dalam Ternakan Lembu Fidlot
13) EPP 13 - Pembangunan Kelompok Ladang Tenusu  di Malaysia
14) EPP 14 – Pembangunan Industri Benih
15) EPP 15 – Pelaburan Asing  dalam Bioteknologi Pertanian
16) EPP 16 – Pelaburan Luar Negara dalam Industri Ternakan

11 Potensi perniagaan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
1) BO 1 – Produk nutrasutikal
2) BO 2 – Pengedaran luar negara
3) BO 3 – Penternakan ikan hiasan
4) BO 4 – Kilang makanan bagi akuakultur
5) BO 5 – Pusat eksport akuakultur
6) BO 6 – Industri makanan ringan (snack)
7) BO 7 – Ternakan ayam di ladang kelapa sawit
8) BO 8 – Penanaman cendawan butang (button mushroom)
9) BO 9 – Produk buah-buahan siap dimakan
10) BO 10 – FDI dalam bidang herba
11) BO 11 – Industri pemprosesan makanan oleh syarikat luar negara

Pelaburan yang diperlukan untuk melaksanakan EPP yang telah dikenal pasti adalah dianggarkan berjumlah RM18.9 bilion. Daripada jumlah pelaburan tersebut, 44 peratus (RM8.2 bilion) adalah pembiayaan dari sektor awam manakala 56 peratus (RM10.7 bilion) adalah dari sektor swasta.  Manakala bagi 10 Potensi Perniagaan, pelaburan berjumlah RM2.9 bilion melibatkan pembiayaan oleh sektor swasta. 

Sumber: www.moa.gov.my

 
kolumnis_final
 kolumnis
1
dolly-keratan-akhbar
new_misi-comel

UNDIAN PENDAPAT

Apakah kesan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan?
 

Ramalan Kaji Cuaca

t_storm PUTRAJAYA
21 Oktober 2014
Pagi: Tiada Hujan
Petang: Ribut Petir
Malam: Tiada Hujan

Waktu Solat

Subuh Zohor Asar Maghrib Isyak
05.41 13.01 16:18 19:00 20:10