Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Biasiswa Nasional

Meritokrasi Biasiswa Ikut Kategori - PM

  • Dasar meritokrasi bagi menentukan kelayakan pelajar cemerlang memperoleh Biasiswa Nasional akan dilakukan berdasarkan kategori berbeza.
  • Langkah tersebut bagi memastikan pelajar-pelajar cemerlang tidak berkemampuan dan dari kawasan pedalaman diberi peluang mendapat biasiswa tersebut.
  • Ukuran meritokrasi bagi para pelajar cemerlang yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terkenal di luar negara diletakkan dalam kategori istimewa lain.
  • Biasiswa Nasional Berdasarkan Merit Sepenuhnya Diperkenalkan Tahun Depan Kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan.
  • Biasiswa tersebut diwujudkan selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.
  • Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan kata beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90 juta di bawah pusingan pertama pakej rangsangan khusus bagi membina 90 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) manakala RM50 juta lagi diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih SJKC tententu.

Lebih Menyeluruh Biasiswa Nasional - GPMS

  • Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tidak mahu kecemerlangan akademik dijadikan merit tunggal kepada penganugerahan Biasiswa Nasional yang dirancang diperkenalkan kerajaan bermula tahun hadapan.
  • Presidennya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebarang kaedah atau merit yang dijadikan panduan dalam penganugerahan biasiswa jenis itu kelak perlulah bersifat holistik dan menyeluruh.
  • Bagi memastikan Biasiswa Nasional mempunyai prestij dan dihargai, GPMS mengusulkan agar kriteria penentuan yang digunakan dalam penganugerahan biasiswa jenis itu diberikan pertimbangan yang sebaiknya.

 


Najib: Biasiswa Nasional Berdasarkan Merit Sepenuhnya Tahun Depan

  • Kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan.
  • Biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik yang layak dan tanpa mengira kaum.
  • Biasiswa tersebut diwujudkan selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.


Biasiswa Nasional Selaras Dengan Konsep 1Malaysia

  • Langkah kerajaan memperkenalkan Biasiswa Nasional tahun depan yang berdasarkan sepenuhnya kepada merit adalah selaras dengan konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.
  • Dalam mengalu-alukan langkah itu beliau berkata, skim biasiswa yang adil dan saksama bukan sahaja dapat membantu pelajar berkenaan untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya, tapi juga membolehkan harapan dan impian 1Malaysia mampu dicapai.

  • Biasiswa akan diberikan kepada pelajar berkelayakan yang terbaik tanpa mengira kaum, selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.
  • Kerajaan perlu memperkenalkan satu dasar bagi membantu setiap pelajar yang mempunyai masalah kewangan, mempunyai latar belakang menarik dan mencapai keputusan peperiksaan cemerlang.

MCA Sokong Biasiswa Nasional

  • Parti MCA mengalu-alukan keputusan kerajaan memperkenalkan biasiswa khas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.
  • Dengan adanya biasiswa seperti itu hanya pelajar terbaik di antara yang terbaik sahaja menerima biasiswa kerajaan.
  • Langkah itu juga merupakan penghargaan kepada pelajar terbabit yang pastinya berbangga kerana mereka adalah terbaik di antara yang terbaik.

Pemberian Biasiswa Nasional Tidak Terbatas Kumpulan Tertentu

  • Biasiswa Nasional yang dicadangkan kerajaan bertujuan membolehkan ia diberikan kepada mereka yang layak tanpa dibatasi kumpulan tertentu sahaja.
  • Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pendekatan terbaru itu membolehkan sesiapa saja layak mendapat biasiswa tanpa mengambil kira latar belakang mereka.

 

Sumber : Berita Harian, Utusan Malaysia, BERNAMA

 

 
kolumnis_final
 kolumnis
1
dolly-keratan-akhbar
new_misi-comel

UNDIAN PENDAPAT

Apakah kesan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan?
 

Ramalan Kaji Cuaca

t_storm PUTRAJAYA
18 April 2014
Pagi: Mendung
Petang: Hujan 
Malam: Tiada Hujan

Waktu Solat

Subuh Zohor Asar Maghrib Isyak
05.51 13.16 16:26 18:21 20:31