Isnin 17 December 2018
A- A A+

ASTRO buat pelarasan khidmat



astro2 KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.











Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan, berkata ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran.












“Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.








“Aspirasi kami untuk terus memberi pengalaman menonton dan tiada bandingnya kepada pelanggan. ASTRO membuat pelaburan memperluaskan pilihan kandungan bagi memenuhi keperluan menonton dan kemampuan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.










Tan berkata, pelanggan ASTRO mempunyai pilihan 146 saluran membabitkan pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa dan tempatan termasuk acara sukan global serta tempatan 24 jam sehari.









“Kami komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan,” katanya.










Beliau berkata, pelanggan ASTRO kini boleh menikmati nilai wang lebih baik dengan pelancaran ‘Super Packs’ yang direka khas bagi menawarkan pakej terbaik termasuk perkhidmatan Definisi-Tinggi (HD) dan Rakaman Video Peribadi (PVR).










Sementara itu, orang ramai boleh melayari laman web, www.astro.com.my/mypackages atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk mengetahui lebih lanjut harga yuran langganan baru serta pakej ditawarkan.


















Sumber: Berita Harian, 7 Jun 2011

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking