KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Latar Belakang Kementerian Belia dan Sukan

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

Visi
Memperkukuhkan dan memaksimakan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan negara bagi mencapai Wawasan 2020 dan seterusnya pasca 2010.

Merealisasikan pembentukan Negara Bersukan dengan membudayakan sukan dalam kehidupan.

Misi

Merangka perancangan yang komprehensif, memperkenalkan pendekatan yang inovatif, memperkasakan pelaksanaan projek dan program serta memantapkan keupayaaan pelaksanaan melalui penggemblengan potensi dan juga bakat dalam pembangunan belia dan sukan.

Maklumat lanjut : http://www.kbs.gov.my

Back to top button
Close