KEMENTERIAN HAL EKONOMI

Latar Belakang Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi merupakan sebuah kementerian baharu dan ditubuhkan pada 12 Mei 2018, selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14). Kementerian ini mengambil alih sebahagian besar peranan dan fungsi yang sebelum ini dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali telah dilantik sebagai Menteri pertama kementerian ini dan telah memulakan tugas pada 22 Mei 2018. Beliau dibantu oleh YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Jidin sebagai Timbalan Menteri.

Visi
Peneraju perancangan pembangunan sosioekonomi Malaysia yang mampan, maju dan inklusif.

Misi
Merancang dan mengurus pembangunan sosioekonomi Malaysia secara strategik, inovatif dan proaktif.

Objektif
Merancang pembangunan sosioekonomi secara komprehensif ke arah pertumbuhan mampan dan inklusif
Mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan melalui pengagihan peruntukan secara berkesan
Memantapkan pemantauan dan penilaian dasar, program serta projek pembangunan berasaskan outcome
Meningkatkan kecekapan sebagai pemudah cara dengan pihak berkepentingan
Memantapkan kapasiti dan kebolehan organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkesan.


Maklumat lanjut : http://www.mea.gov.my

Back to top button
Close