KEMENTERIAN KERJA RAYA

VISI
Peneraju pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara

MISI
Memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan dengan cekap, berkualiti dan lestari.
Memantapkan industri pembinaan negara yang lebih berdaya saing di peringkat global.

MOTO
Ke arah Kesejahteraan Rakyat

NILAI-NILAI BERSAMA
Kementerian Keraja Raya telah mengenalpasti tiga (3) nilai bersama utama yang perlu diamalkan oleh warga Kerja Raya iaitu Profesional, Integriti dan Kerja Berpasukan.
1. Profesional
Mempunyai kemampuan, kemahiran serta cara pelaksanaan yang sewajarnyaoleh seseorang untuk mencapai kecemerlangan Kementerian.
Elemen professional : berilmu, berkemahiran, berkepimpinan, komunikasi berkesan, berfikiran terbuka, berdaya saing dan positif.
2. Integriti
Mempunyai keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral positif yang tidak mudah dipengaruhi demi mempertahankan nama baik Kementerian dan warga KKR daripada segala bentuk penyelewengan.
Elemen integriti : akuantabiliti, telus, amanah dan jujur.
3. Kerja Berpasukan
Mempunyai kebolehan untuk membina hubungan baik dengan berinteraksi secara efektif bersama warga Kementerian bagi mencapai objektif yang sama.
Elemen kerja berpasukan : berkerjasama, prihatin, saling berkongsi dan hormat-menghormati.

FUNGSI DAN PERANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA:
1. Merancang dan menyelaraskan projek-projek infrastruktur Negara;
2. Melakana dan memantau projek-projek pembangunan infrastruktur;
3. Menyelaras dan memantau semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya;
4. Menyediakan perkhidmatan perundingan kepada agensi-agensi Kerajaan;
5. Mengawal selia lebuh raya yang diswasta;
6. Mengembangkan industri pembinaan;
7. Meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam industri pembinaan;
8. Memantau penyenggaraan jalan-jalan Persekutuan;
9. Mengendalikan dan memantau penyenggaraan bangunan guna sama Kerajaan yang diswastakan;
10. Membantu dalam pewartaan rizab jalan persekutuan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara;
11. Pengisytiharan semua jalan Persekutuan, termasuk lebuh raya di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959;
12. Penentuan taraf Bumiputera dalam melaksanakn projek Kerajaan;
13. Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984; dan
14. Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965

Maklumat lanjut : http://www.kkr.gov.my

Back to top button
Close