Latar Belakang Kementerian Pembangunan Usahawan

Visi
Melahirkan usahawan berintegriti dan kompetitif di pasaran global.

Misi
Melebarkan keusahawanan Malaysia Baharu terutama dari golongan berpendapatan rendah dari setiap lapisan geopolitik.

Fungsi

  • Menggubal dasar pembangunan usahawan dan PKS yang inklusif dan berdaya saing termasuk memacu pembangunan golongan B40, M40 dan usahawan sosial;
  • Menyelaras pelaksanaan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera;
  • Menjadi pemudah cara (facilitator) kepada usahawan dan PKS memulakan perniagaan termasuk menyelaras tabung/dana keusahawanan dan PKS;
  • Mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik dengan pihak swasta di peringkat persekutuan, negeri dan antarabangsa;
  • Merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti penggalakan dan pembudayaan keusahawanan dan PKS; dan
  • Menyelaras pembangunan PKS serta Bumiputera dalam industri-industri strategik seperti automotif, aeroangkasa, renewable energy, ekonomi digital dan industri halal.

Maklumat lanjut : http://www.med.gov.my