KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Latar Belakang Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)

1973 – Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1976 – Selaras dengan fungsi dan tanggungjawab baru yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar, nama Kementerian telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE)
2004 – Jemaah Menteri pada 27 Mac 2004 telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE dan nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menerajui fungsi pembangunan ICT Negara, Multimedia dan Inovasi
2007 – Fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut cluster Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi
2016 – Pada 3 Oktober 2016, MOSTI distrukturkan semula dengan fokus untuk merancakkan program pengkomersialan hasil R&D dan inovasi negara
2018 – Selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14), keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah disusun semula dan membentuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).

Visi
Kemampanan tenaga, penciptaan kekayaan melalui sains dan teknologi dan kelestarian alam sekitar

Misi

  • Menjadikan MESTECC sebagai tempat bekerja yang terunggul serta penerapan nilai-nilai Kecemerlangan, Integriti dan Fokus Masa Depan
  • Mengurus sumber tenaga secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan bekalan elektrik yang berterusan, mampu bayar dan lestari
  • Meneroka, membangun dan memanfaatkan sains dan teknologi berasaskan kepentingan ekonomi negara melalui kolaborasi strategic R&D&I dengan industri bagi meningkatkan pengkomersialan teknologi dan produktiviti pekerja
  • Memulihara alam sekitar menerusi pendidikan, kesedaran dan penguatkuasaan ke arah alam sekitar yang bebas pencemaran serta menerajui tindakan-tindakan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim supaya negara berdaya tahan dan mewujudkan peluang pertumbuhan baharu.

Maklumat lanjut : https://www.mestecc.gov.my

Back to top button
Close