BAHASA RASMI

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa Bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai Bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan1967. Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Namun pada masa yang sama, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Mandarin oleh orang Cina dan Bahasa Tamil oleh orang India. Selain itu, Bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian negara. Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.

Back to top button
Close